Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1732952917:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 238122
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:76:"Keluarga mangsa berlindung daripada banjir di tingkat atas rumah dua tingkat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 145
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750645576";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750988732";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750513417";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750584917";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:21;i:1;i:9;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750988732
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => bayi-usia-setahun-lemas-jatuh-dalam-air-keluarga-degil-enggan-pindah-ke-pps-kp-kelantan
        )

)
Bayi usia setahun lemas jatuh dalam air, keluarga degil enggan pindah ke PPS: Ketua Polis Kelantan | Scoop

Bayi usia setahun lemas jatuh dalam air, keluarga degil enggan pindah ke PPS: Ketua Polis Kelantan

Keluarga mangsa berlindung daripada banjir di tingkat atas rumah dua tingkat

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Musibah banjir meragut nyawa seorang bayi berusia setahun yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam air di rumahnya di Chabang Empat, Tumpat, Kelantan Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, bayi lelaki terbabit dipercayai meninggal ketika keluarganya sedang tidur kira-kira jam 1 pagi.

Beliau berkata, keluarga mangsa berlindung daripada banjir di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

“Kehilangan mangsa hanya disedari ibunya selepas tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya tiada di sebelah.

“Selepas itu ibu mangsa menjumpai bayi berkenaan lemas di tingkat bawah rumah mereka.

“Ini yang saya tekankan supaya terus berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) supaya tidak berdepan risiko sehingga membahayakan nyawa ahli keluarga.

“Disebabkan kecuaian ibu bapa, bayi berusia setahun jadi mangsa,” katanya kepada media di Pasir Mas hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian meminta bantuan jiran untuk membawa anaknya keluar dengan menggunakan perahu ke hospital sebelum disahkan sudah meningal dunia.

“Rumah mangsa adalah dua tingkat dan sebaik air sudah memasuki kawasan dalam rumah, keluarga berkenaan tidak berpindah sebaliknya hanya berlindung di tingkat atas,” katanya.

Beliau berkata, bayi ini adalah mangsa banjir ketiga di Kelantan selepas di Pasir Puteh dan Machang.

Justeru, Mohd Yusoff menasihatkan semua penduduk supaya terus berpindah sekiranya air mula naik di halaman rumah dan jangan menunggu ketika air sudah di tahap bahaya.

Terdahulu, jumlah mangsa banjir di sembilan negeri terus meningkat 132,554 orang daripada 38,874 keluarga yang ditempatkan di 712 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor yang mana ia membabitkan 39 daerah.

Kelantan masih kekal negeri paling teruk dilanda banjir kali ini dengan sebanyak 285 PPS diaktifkan untuk menempatkan 86,733 orang daripada 26,806 keluarga yang terjejas di 10 daerah. – 30 November, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related