Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1734083942:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 301
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 239787
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751057341";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:23;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751057341
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:84:"Keputusan ini dibuat berdasarkan kesalahan besar dan serius (Syariah dan Teknikal)
";}
        )

)
Sijil halal dua hotel di Kota Bharu ditarik balik | Scoop

Sijil halal dua hotel di Kota Bharu ditarik balik

Keputusan ini dibuat berdasarkan kesalahan besar dan serius (Syariah dan Teknikal)

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diberikan kepada dua hotel di Kota Bharu iaitu The Grand Renai Hotel Hotel Kota Sri Mutiara dan SBJ Hotel Sdn Bhd (Crown Garden Hotel) telah ditarik balik.

Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Panel Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal Malaysia Negeri Kelantan pada 29 Oktober lalu.

Makluman mengenai penarikan sijil halal berkenaan yang dihantar oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIAK) itu yang kini tular di media sosial memberitahu ia diambil selepas berlaku kesalahan serius dalam aspek syariah dan teknikal.

Antara kesalahan yang dimaklumkan ialah penemuan bahan mentah yang diragui status halal di stor utama bahan kering dan dapur masakan Cina serta penemuan campuran antara bahan tidak halal (arak) dengan makanan yang disediakan oleh dapur yang mendapat persijilan halal.

Selain itu, terdapat juga ketidakakuran berkaitan menggunakan bahan terlarang atau menyalahi mana-mana perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa iaitu Dasar dan Garis Panduan Pengeluaran Lesen Kedai Menjual Minuman Keras dan Meminum Arak di Tempat Awam Di Negeri Kelantan (2009).

“Sehubungan itu, jabatan ini ingin memaklumkan bahawa berdasarkan klausa 33(6) MPPHM 2020 adalah dilarang menggunakan logo halal Malaysia atau sebarang ungkapan atau label halal apabila pemegang dikenakan tindakan penggantungan atau penarikan balik
SPHM.

“Oleh itu, pihak tuan hendaklah membuat pembetulan dan permohonan baru seterusnya memaklumkan kepada pihak kami dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya,’’ katanya dalam surat yang dihantar kepada kedua-dua hotel terbabit.

Surat tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Noorlailawati Mamat.

Surat pemakluman mengenai penarikan sijil halal daripada JAHEAIK yang kini tular di media sosial

Dalam pada itu, Renai Hotel Kota Bharu menerusi kenyataan dalam Facebooknya memberitahu pihaknya telah membuat permohonan baharu untuk sijil halal dan ia telah dipanjangkan kepada JAHEAIK serta sedang menunggu proses kelulusan oleh pihak berkuasa.

“Kami memohon maaf diatas segala kekhilafan dari pihak kami, semoga kepercayaan yang dibina akan diteruskan. Kami faham isu ini penting, terutamanya untuk tetamu Muslim kami. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda.

“Ini adalah langkah yang mencerminkan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi dalam penyediaan makanan yang berstatus Halal kepada semua pelanggan kami.

“Jangan risau tentang makanan yang disediakan di restoran kami kerana tiada bahan yang tidak halal yang digunakan dalam sebarang hidangan kami,’’ katanya.

Renai Hotel memberitahu, dapur utamanya diketuai oleh Chef Eksekutif Mohd Izan Ismail dengan majoriti tukang masaknya beragama Islam dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP). – 13 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

After nasi kandar place, trouble brewing for local pub for illegally screening Astro channels

Measast Broacast Network Systems files suit against Brew Nation for displaying sports content in premises at Bandar Rembayu via TV box and possibly pirate sites

Halal now not only about ‘no pork’ and ‘no alcohol’: Anwar

Prime Minister says the label is also about health, hygiene, effectiveness and modern technology

Related