Kes mayat bayi disimpan 2 minggu: polis akan panggil pihak hospital

Laporan yang diterima daripada bapa bayi itu diklasifikasikan di bawah kertas enkuiri polis (KEP)

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Polis akan memanggil pihak-pihak berkaitan dalam kes melibatkan seorang bayi yang meninggal dunia di salah sebuah hospital swasta di Klang Selatan pada bulan lepas, termasuk pihak hospital.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendalam sedang dijalankan untuk menentukan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam isu berkenaan serta menanganinya dengan sebaik mungkin.

“Mereka yang berkaitan termasuk pihak hospital akan dipanggil untuk dirakam percakapan,’’ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kisah bayi dibekukan itu didedahkan oleh unit pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Chai Official mengenai mayat bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, tetapi didakwa ‘ditahan’ di dalam peti sejuk beku sehingga dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

Kejadian ini berlaku selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar kos kelahiran bayi tersebut dan tidak dibenarkan menuntut bayi itu untuk dikebumikan.

Bagaimanapun hospital berkenaan, Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan dakwaan pihaknya ‘sengaja’ menahan jenazah bayi lelaki itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikongsikan di media sosial, pihak pengurusan hospital berkata selepas bayi tersebut disahkan meninggal dunia, permit untuk mengebumikan jenazah sudah ditandatangani dan mereka telah memaklumkan kepada bapa bayi tersebut untuk menguruskan upacara pengebumian pada keesokan hari iaitu 25 November.

Namun, pihak hospital mengatakan mereka mengalami kesukaran untuk berbincang dengan bapa bayi tersebut berhubung hal pengebumian anaknya dari sehari ke sehari.

Dalam pada itu, Hussein berkata, polis kontinjen Selangor mengesahkan menerima satu laporan pada 13 Disember daripada bapa bayi yang meninggal dunia itu dan laporan tersebut diklasifikasikan di bawah kertas enkuiri polis (KEP).

Beliau juga menegaskan dakwaan yang tidak disahkan boleh berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Polis turut memberi peringatan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahguna platform tersebut untuk menyebar kandungan yang tidak sahih hingga mengakibatkan kegusaran awam.

“Semua pihak diharap bersabar sambil menunggu hasil siasatan yang sebenarnya,’’ katanya. – 13 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related