PM tegur segelintir pemimpin, Ahli Parlimen PKR sanggup nyata belas kasihan pada pihak curi wang rakyat

'Jawatan yang disandang ini bukan penyelesaian, tapi ruang untuk melaksanakan cita-cita dan perjuangan kita' katanya menerusi hantaran di Facebook

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pemimpin dan Ahli Parlimen PKR yang terperangkap dalam sentimen dimainkan pembangkang hingga tergamak menyatakan belas kasihan pada pihak yang telah mencuri berbilion ringgit wang rakyat.

Menurut Perdana Menteri, pimpinan dan Ahli Parlimen PKR seharusnya bingkas menjawab dan melawan dakwaan pembangkang dengan fakta, umpamanya kegagalan mempertahankan negara dalam kes Batu Puteh.

“Pimpinan juga perlu segera memberi penjelasan pada rakyat terhadap sentimen dangkal kononnya Melayu dan Islam terancam ketika ini, sedangkan hakikatnya hanya mereka yang mencuri berbilion ringgit wang rakyat terancam di bawah pimpinan Kerajaan Madani.

‘Setiap anggota dan pimpinan Keadilan harus terus membela nasib rakyat dan bekerja dengan baik.

“Jawatan yang disandang ini bukan penyelesaian, tapi ruang untuk melaksanakan cita-cita dan perjuangan kita,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ia merupakan antara inti pati dalam ucapan penangguhannya pada Kongres Nasional Khas Keadilan di Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Kongres Nasional Khas parti itu, Anwar berkata, lebih dua pertiga perwakilan telah menyatakan persetujuan ketika pengundian sekali gus meluluskan usul pindaan perlembagaan.

Pada acara sama, Anwar turut menegaskan PKR selaku parti yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi harus segera mengadakan pemilihan parti bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan berjalan.

“Barisan kepimpinan parti harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

“Namun pimpinan muda usah gelojoh apabila diberi mandat kerana pengalaman getir pimpinan lalu yang dihina, ditekan dan dianggap sebagai musuh negara suatu ketika lalu yang mengizinkan Keadilan kukuh bertapak pada saat ini,’’ katanya. – 15 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related