Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1735811630:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 116
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 242144
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:133:"Puspakom tidak dapat melengkapkan pemeriksaan kerana tayar yang tertanggal hilang dan siasatan kini diserahkan kepada Miros dan Polis";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753047369";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753047369
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Puspakom musykil treler baharu ada masalah gandar, 4 kakitangan sudah beri keterangan | Scoop

Puspakom musykil treler baharu ada masalah gandar, 4 kakitangan sudah beri keterangan

Puspakom tidak dapat melengkapkan pemeriksaan kerana tayar yang tertanggal hilang dan siasatan kini diserahkan kepada Miros dan Polis

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) berasa musykil bagaimana treler yang menyebabkan kemalangan hingga mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, baru-baru ini mempunyai masalah sedangkan ia adalah kenderaan baharu yang dibuat pada 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Rahman berkata, treler berkenaan telah menjalani pemeriksaan Puspakom pada Mac dan didaftarkan pada April 2024.

“Ini kenderaan baharu. Musykil kenapa kenderaan baharu ada masalah tersebut.

“Jika sistem gandar tidak berfungsi, perlu ada sistem amaran kepad pemandu,’’ katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 23 Disember lalu, tujuh orang maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilomater 204, Lebuh Raya Selatan arah utara, Melaka.

Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati tayar hadapan sebelah kanan lori tersebut tercabut dan berada di bahagian tengah lebuh raya.

Ia menyebabkan bas yang tiba di tempat kejadian gagal mengelak serta hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Mengulas lanjut, Mahmood berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan itu dimulakan selepas kemalangan maut itu berlaku dan ia melibatkan masalah gandar.

“Tayar tertanggal dari kenderaan. Ada masalah sebab sistem bearing sudah tidak ada. Bila lihat dan tanya pada kumpulan teknikal, mereka kata ini ada masalah dengan sistem bearing kenderaan itu,’’ katanya.

Menurut beliau, Puspakom telah selesai membuat pemeriksaan dan menghantar laporan itu kepada Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

“Pemeriksaan dijalankan tidak dapat dilengkapkan walaupun hantar pada pihak berkuasa kerana tayar (yang tertanggal) tidak dihantar kepada Puspakom, jadi Puspakom tidak dapat periksa tayar,’’ katanya.

Justeru, Puspakom katanya menyerahkan kepada Miros dan Polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu mengulas mengenai pemeriksaan mengejut yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Gembur Puspakom, beliau memberitahu empat kakitangannya telah dipanggil untuk disoal siasat.

Jelasnya, dua orang dipanggil ke JPJ pada 31 Disember manakala dua lagi dipanggil hari ini.
Mahmood memberitahu, beliau berpuas hati dengan keterangan dua kakitangannya sebelum ini dan mereka tidak mempunyai masalah kerja.

“Dua kakitangan ini tiada masalah kerja. Kalau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini kita akan beri amaran lisan, seterusnya amaran bertulis, sekiranya kalau keterlaluan kita buang,” katanya.

Beliau memberi jaminan, kakitangan yang didapati terbabit dengan sebarang kesalahan termasuk unsur rasuah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas.

Ops berkenaan diadakan secara serentak di Puspakom seluruh negara selama mulai 29 Disember lalu melibatkan 350 pegawai dan anggota JPJ bagi memastikan kenderaan yang diperiksa mematuhi standard yang ditetapkan. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Related