Loke tak puas hati, Aerotrain KLIA lewat, tiada tarikh muktamad

Loke berkata projek itu masih dalam peringkat ujian oleh kontraktor dan mereka belum memberikan tarikh muktamad

5:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Projek penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) masih tertangguh dengan kontraktor belum memberikan tarikh tetap untuk beroperasi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, ketika ini masih di peringkat ujian oleh kontraktor dan mereka belum memberikan tarikh muktamad.

“Setiap hari orang tanya mengenai aerotrain kepada saya dan saya yang kena jawab bagi pihak MAHB, tiada siapa tanya mereka.

“Semua orang tanya Menteri Pengangkutan, jadi saya kena jawab. Tapi kita kena faham bahawa keputusan itu dibuat oleh MAHB dan mereka sepatutnya bertanggungjawab juga,’’ katanya pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

September tahun lepas, Loke berkata Aerotrain dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Januari.

Menurut Loke, Aerotrain iaitu sistem transit automatik telah beroperasi sejak 25 tahun menyebabkan prestasi dan fungsi asetnya merosot.

Hari ini, beliau memberitahu ujian dinamik sedang dijalankan dan selepas itu akan beralih kepada ujian sistem penuh, sebelum menyatukan sistem.

“Selepas itu barulah aerotrain akan diserahkan. Mereka masih belum memberikan tarikh yang pasti, tetapi sebelum ini dikatakan ia akan siap pada 31 Januari,’’ katanya.

Sejak penggantungan Aerotrain, bas transit digunakan untuk mengangkut penumpang ke terminal.

Awal bulan ini, Loke enggan mengulas mengenai kelewatan penggantian Aerotrain.

Memadangkan Malaysia ada Pengerusi Asean tahun ini, maka tekanan untuk menyiapkan projek itu semakin kuat tatkala Malaysia mengalu-alukan kehadiran pemimpin dan perwakilan serantu untuk mesyuarat Asean yang akan diadakan di sini.

Loke membangkitkan mengenai kelewatan projek berkenaan ketika menjawab mengenai penswastaan MAHB.

Beliau berkata, ujian itu amat diperlukan dan berharap ia dapat disiapkan segera kerana pengendali lapangan terbang itu memerlukan modal untuk menambah baik dan menaik taraf KLIA.

 “Lebih banyak lagi boleh dilakukan pada kadar yang lebih pantas di MAHB,” kata Loke, memetik isu Aerotrain sebagai contoh. – 15 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

MACC’s arrest of ex-Senate deputy president raises questions about Muhyiddin’s picks: Bersatu source

It is alleged that the Bersatu deputy information chief post was created for for Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad despite having just joined the party

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Smoking products bill to be tabled this Dewan session, says Zaliha

The Health Ministry has assured that the Control of Smoking Products for Public Health Bill 2023 will be tabled before the end of the Dewan Rakyat session, which is ongoing until November 30.

Related