Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1737280663:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 244358
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:173:"'Kalau boleh kita nak pesalah dituduh di bawah akta yang lebih berat,' kata Akmal yang menyifatkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh adalah ringan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 197
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752756715";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:18;i:1;i:12;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752207672";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752756715
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => pukul-oku-akmal-saleh-tidak-puas-hati-hanya-3-yang-ditangkap-sedangkan-ramai-terlibat
        )

)
Pukul OKU: Akmal Saleh tidak puas hati, hanya 3 yang ditangkap sedangkan ramai terlibat | Scoop

Pukul OKU: Akmal Saleh tidak puas hati, hanya 3 yang ditangkap sedangkan ramai terlibat

'Kalau boleh kita nak pesalah dituduh di bawah akta yang lebih berat,' kata Akmal yang menyifatkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh adalah ringan

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tidak berpuas hati kerana hanya tiga orang yang ditahan dalam kejadian memukul, mengheret dan menendang kepala melibatkan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental di tapak Pasar Tani Kemaman, Terengganu.

Ini kerana, katanya pelaku dalam kes berkenaan lebih ramai dan melebihi tiga orang.

“Saya tengok bila tiga orang yang ditangkap itu, saya sendiri pun tidak berpuas hati.

“Ramai je, lebih dari tiga orang.

“Tengok akta yang dibawa itu pun saya rasa terlalu ringan. Jadi kita tak nak gunakan akta sedia ada, kita nak kalau boleh pesalah itu dituduh di bawah akta yang lebih berat,’’ katanya.

Akmal berkata demikian dalam perbualan video dengan isteri kepada mangsa OKU berkenaan dan perbualan itu dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Beliau yang kini berada di Sabah, turut menghantar Exco Pemuda Umno, Mohd Fadini Rahim melawat keluarga mangsa di Kampung Mak Chili di Terengganu dan bertemu isteri mangsa, Faridah Abdul Karim dan anak-anak mereka.

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Fadini Rahim (dua dari kiri) bergambar bersama isteri mangsa, Faridah Abdul Karim (tiga dari kiri) serta anak-anak mangsa ketika berkunjung ke rumah mereka di Kampung Mak Chili, Terengganu, hari ini. – Gambar dari Facebook, 19 Januari, 2025

Semalam polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes pukul OKU di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata tiga lelaki terbabit termasuk seorang peniaga berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Sejak kelmarin, tular video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan lelaki OKU itu dipukul dan diseret di media sosial.

Siasatan kes berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam pada itu, Akmal memberi jaminan kepada keluarga OKU berkenaan bahawa Pemuda Umno akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada mangsa bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan.

Jelasnya, bagi tujuan itu Pemuda Umno akan melihat sudut yang sesuai bagi memastikan pelaku terlibat dikenakan hukuman berat.

“Saya akan pastikan keadilan diberikan kepada abang (mangsa OKU), jangan risau.

“Kita nak pesalah dikenakan hukuman berat lagi. Jangan risau, kami akan bersama dengan abang,’’ katanya kepada isteri mangsa. – 19 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

RM100 fine for cyberbullying: an inadequate penalty? – Farah Solhi 

As Esha’s death triggers public outrage, AGC should explain why Shalini Periasamy was charged under Section 14 of the Minor Offences Act instead of acts carrying heavier punishments

Ahmad Dusuki demands Fahmi’s apology for mosque talk

Independent preacher Ahmad Dusuki Abd Rani is unfazed by the letter of demand sent to him today by Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil, saying that he is ready to face the matter head-on.

Plantation worker pleads guilty to attempted murder after setting wife on fire

A plantation worker pleaded guilty in the sessions court here today to a charge of attempting to murder his wife.

Related