Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1739232259:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:103:"Pilihan raya mengejut hanya menimbulkan keresahan rakyat dan cubaan menggugat kestabilan politik semasa";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 246803
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 105
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753401579";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:7;i:1;i:23;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753414236";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753414236
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"e4f25ed0-d15e-4d52-a9b3-ee3566fb3794","external_id":"5ee8b747-a069-2ed2-2e76-29bbb7cc230f","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

)
Azmin tak perlu jadi ‘pawang’ tilik tarikh pilihan raya, fokus berkhidmat pada rakyat : penganalisis | Scoop

Azmin tak perlu jadi ‘pawang’ tilik tarikh pilihan raya, fokus berkhidmat pada rakyat : penganalisis

Pilihan raya mengejut hanya menimbulkan keresahan rakyat dan cubaan menggugat kestabilan politik semasa

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu menjadi ‘pawang politik’ dengan menilik tarikh pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini, sebaliknya fokus kepada tugasnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik, Mohammad Tawfiq Yaakub berkata dakwaan Azmin bahawa pilihan raya umum (PRU) akan diadakan hujung tahun ini hanya akan menimbulkan keresahan rakyat dan cubaan menggugat kestabilan politik semasa dalam negara.

Tawfiq yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM) berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai permainan politik yang diulang-ulang untuk menggugat kestabilan kerajaan. 

Mohammad Tawfiq Yaakub meminta ahli politik memberikan ruang sehingga cukup penggal dan menyerahkan kepada Perdana Menteri bersama barisan Kabinet untuk melaksanakan tugas mereka mengikut panduan Perlembagaan. – Gambar Facebook, 11 Februari, 2025

“Saya berpandangan Azmin Ali ini merupakan seorang individu yang sentiasa mencari publisiti dan mahu kekal relevan dalam arena politik negara. Oleh sebab itu beliau keluarkan kenyataan yang boleh menarik perhatian orang ramai. 

“Beliau (Azmin) tidak perlu jadi “pawang politik” untuk menilik tarikh pembubaran, menjangkakan pilihan raya akan diadakan. 

“Lebih baik kembali kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan pemimpin yang berhak menentukan pembubaran Parlimen dan mengadakan pilihan raya. 

“Tumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat daripada menimbulkan keresahan rakyat dan pelabur yang semakin yakin dengan kestabilan politik semasa negara,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Baru-baru ini, Azmin yang juga Ketua Pembangkang Selangor berkata, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera parti itu digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini.

Azmin memberitahu Muhyiddin turut mengarahkan audit kekuatan jentera parti di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia bukan kali pertama beliau membuat kenyataan berkenaan malah pada November 2024, Azmin turut melaungkan perkara sama mengenai pilihan raya mengejut yang dijangka berlaku sebelum tamatnya penggal pemerintahan Kerajaan Madani.

Mengulas lanjut, Tawfiq berkata, adalah menjadi hak prerogatif  Perdana Menteri untuk menasihatkan dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi pembubaran Parlimen berdasarkan Perkara 40(1) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya Perdana Menteri mewakili Jemaah Menteri mempunyai hak tersebut dalam menentukan tarikh pembubaran selepas mendapat perkenan YDPA,” katanya.

Justeru Tawfiq meminta ahli politik memberikan ruang sehingga cukup penggal dan menyerahkan kepada Perdana Menteri bersama barisan Kabinet untuk melaksanakan tugas mereka mengikut panduan Perlembagaan. 

“Rakyat masih lagi letih dengan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang baru sahaja berlalu, fokus kepada kebajikan hidup mereka berbanding ‘politiking’ sepanjang masa.

“Saya juga tidak nampak kemungkinan snap election (pilihan raya mengejut) boleh berlaku kerana kerajaan hari ini masih ada tempoh lebih dua tahun lagi untuk mentadbir.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengikut laporan media,  turut menyifatkan kenyataan Azmin berhubung pilihan raya mengejut itu sebagai satu gimik politik.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kenyataan berkenaan juga dilihat sebagai satu usaha bagi menarik perhatian rakyat kepada mereka.

“Saya percaya mereka mahu sesuatu yang boleh rakyat berikan perhatian kepada mereka, namun semua parti politik akan bersedia dalam apa sahaja keadaan.

“Apa yang saya tahu, banyak program kerajaan baru nak mulakan… dan kita tunggu hasil daripada perancangan itu.

“Selain itu, kita juga perlu gunakan mandat yang ada untuk dapat terus majukan negara, kalau asyik dua tiga tahun ada pilihan raya, tak kemana,” katanya. – 11 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related