Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1740231319:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 248120
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:118:"Anwar berpuas hati terhadap persiapan Kepengerusian Asean-Malaysia dan komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakannya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752857650";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752319324";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752429648";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752857650
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kepengerusian Asean 2025: lonjak Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan | Scoop

Kepengerusian Asean 2025: lonjak Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan

Anwar berpuas hati terhadap persiapan Kepengerusian Asean-Malaysia dan komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakannya

9:35 PM MYT

 

BANGI – Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa sektor strategik seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pusat data serta pengukuhan tenaga baharu, pertanian dan teknologi makanan akan diberi tumpuan dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam sidang media selepas Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani 2025 di sini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan kepuasan terhadap persiapan Kepengerusian Asean-Malaysia dan komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakannya. 

Beliau turut mendedahkan bahawa dalam mesyuarat minggu lepas, beberapa cadangan telah dibentangkan bagi memastikan kerajaan mampu memberikan yang terbaik sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat global.

Anwar berkata sebagai negara dagang, Malaysia harus mengambil peluang Kepengerusian Asean untuk meningkatkan lagi usaha dagang berikutan sidang Asean kali ini merupakan pertemuan pertama yang melibatkan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

Anwar berkata Malaysia juga komited untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas Asean-Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memperluas skop dagangan negara.

“Tetapi yang istimewa ialah dalam setiap sidang Asean akan diadakan pameran dan persidangan besar-besaran yang dianjurkan bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga dengan kerjasama syarikat media serta syarikat besar dunia seperti Arab Saudi, China, AS dan tentunya Asean,” katanya.

Anwar berkata Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa yang akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat, turut memberi dukungan bagi pihak Afrika untuk menyokong Kepengerusian Asean-Malaysia di Kuala Lumpur.

Di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan Asean sepanjang tahun ini.

Malaysia pernah menjadi Pengerusi Asean pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015. – 22 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Raub MP arrested for obstructing civil servants felling durian trees: Pahang police

Besides the DAP lawmaker, head of the Save Musang King Alliance farmers group, Wilson Chang, also arrested

Over 180,000 Grab Malaysia drivers, dispatchers receive SKSPS contribution

Sponsored protection under company’s management for period of 12 months, says Steven Sim

Related