Muka baru Bersatu hasil ‘succession plan’ mantap Muhyiddin – Mohd Isa Mohd Saidi

Saranan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersedia dengan kepimpinan yang segar sebelum PRU16

11:07 AM MYT

 

TINDAKAN beberapa orang pemimpin DAP mengumumkan persaraan dari politik menarik perhatian saya. Setakat ini, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, dan M Kulasegaran telah menyatakan hajat mereka. Media juga melaporkan ada usaha untuk menolak Lim Guan Eng. 

Pada pandangan saya, ini adalah usaha DAP untuk membawa imej “DAP Baru” sebagai persediaan PRU16. Mereka cuba menipu rakyat dengan imej pemimpin baru yang berbeza dari sebelumnya dan mungkin juga akan ada pemimpin Melayu yang mereka tonjolkan. 

Seruan saya orang-orang Melayu jangan mudah tertipu kerana DAP tetap DAP. 

Sebagai parti Melayu yang utama, Bersatu mesti bersedia untuk menghadapi DAP berimej baru ini. Dari segi kepimpinan, saya yakin sepenuhnya kebijaksanaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah merangka “succession plan” yang jelas dan segar. 

Saya yakin rancangan ini pasti mampu mengalahkan pemimpin baru DAP dan juga gabungan PHBN nanti. 

Tan Sri Muhyiddin sendiri telah menamakan tokoh Bersatu iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai timbalan presiden yang akan menggantikan beliau sebelum PRU16 dalam “succession plan” itu. 

Keyakinan Tan Sri Muhyiddin terhadap Datuk Seri Hamzah adalah jelas apabila awal-awal lagi Tan Sri Muhyiddin telah melantik Datuk Seri Hamzah sebagai ketua pembangkang di Parlimen, iaitu sebagai pengimbang kepada perdana menteri. 

Ini membayangkan keyakinan Tan Sri Muhyiddin terhadap Datuk Sri Hamzah bukan saja untuk menggantikan beliau sebagai pemimpin utama Bersatu dan Perikatan Nasional, tetapi juga untuk menjadi calon pemimpin utama negara. 

Selain dari itu, Bersatu juga mempunyai pasukan generasi politik baru yang berwibawa di parlimen dan luar Parlimen. Nama-nama di Parlimen seperti Datuk Radzi Jidin, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal – manakala di luar Parlimen Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Faizal Azumu, dan ramai lagi Ahli MPT dan ketua-ketua bahagian sentiasa berusaha membela rakyat. 

Jelas sekali Bersatu tidak perlu bimbang mengenai kepimpinan, hasil kebijaksanaan penyusunan Tan Sri Muhyiddin. Seluruh parti mendokong perancangan Tan Sri Muhyiddin, dan tiada seorang pun pernah berbunyi untuk mengkhianati rancangan Tan Sri Presiden. 

Cuma saya berpandangan bahawa selain kepimpinan, Bersatu juga mesti bersedia dengan kandungan atau “content” yang mahu kita bawa.

Jika kita dapat menyediakan dan merencanakan dasar-dasar utama yang akan kita bawa sebagai kerajaan, rakyat akan lebih tertarik kepada kita. Dasar-dasar yang mengutamakan kesejahteraan rakyat akan menjadi “content” utama kita. 

Sekiranya sebelum PRU16 Bersatu boleh bersedia dengan kepimpinan yang segar dan “content” yang berwibawa, tipu helah yang dirancang oleh DAP tidak akan berjaya. – 25 Februari, 2025

Mohd Isa Mohd Saidi adalah Ketua Bersatu Bahagian Ampang

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related