Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1740489512:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 248392
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:213:"Lelaki itu didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes Najib Razak";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 79
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753465333";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753465333
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Warga emas didenda RM30,000, muat naik hantaran palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja | Scoop

Warga emas didenda RM30,000, muat naik hantaran palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja

Lelaki itu didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes Najib Razak

2:37 PM MYT

 

SEPANG — Mahkamah Sesyen di sini mendenda seorang warga emas selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook miliknya, pada 8 Februari.

Johari Ismail, 67, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Facebook Johari Ismail, dengan niat menyakiti hati orang lain.

Lelaki itu didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu yang diletakkan untuk tontonan umum, mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hantaran berkenaan kemudian dilihat pasukan siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyberjaya, kira-kira 12.59 tengah hari pada 9 Feb.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Akta itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya MCMC Faten Hadni Khairuddin, manakala Johari tidak diwakili peguam.

Faten Hadni memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada lelaki itu kerana telah menyebarkan berita palsu yang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan dan Majlis Raja-Raja.

Hukuman yang tinggi bukan sekadar pengajaran kepada orang kena saman (OKS) tetapi juga masyarakat di luar sana, agar tahu bahawa penyebaran berita palsu amat dibenci, harus ditegah dan dihentikan.

“Selepas OKS muat naik kandungan ini, ia tersebar secara meluas melalui aplikasi Whatsapp. Jadi saya mohon suatu hukuman yang menunjukkan betapa serius kesalahan ini agar orang awam lebih berhati-hati dan tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap tertuduh dan enam bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, hakim turut menasihatkan Johari yang merupakan bapa kepada empat anak agar menyedari lebih awal tentang kesan hantaran berkenaan kerana tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan kebencian kepada kerajaan malah masyarakat turut memandang rendah terhadap Institusi Diraja.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan Johari akan menjalani hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 yang dikenakan itu.

Dalam kenyataannya, MCMC memberitahu, Johari akan menjalani hukuman berkenaan di penjara Kajang, bermula hari ini. – 25 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

With revised guidelines, X now allows ‘consenting’ adult content and nudity 

Adult content on the app must be labelled and not prominently displayed in profile pictures or account banners

Related