Perang mulut Nazri-Akmal tak untungkan parti: veteran Umno gesa usah dipanjangkan lagi

Veteran Umno bersedia menjadi orang tengah untuk menemukan dan mendamaikan Nazri serta Akmal agar perbalahan itu tidak berpanjangan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz perlu dihentikan kerana ia tidak menguntungkan parti.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub ketika dihubungi Scoop berkata, perbalahan yang berpunca akibat salah faham itu juga tidak harus dipanjangkan lagi.

Malah, katanya Veteran Umno bersedia menjadi orang tengah untuk menemukan dan mendamaikan kedua-dua pihak yang lahir dari Pemuda Umno sendiri.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin yang lahir dari Pemuda Umno sememangnya lantang dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Datuk Mustapha Yaakub berkata Veteran Umno bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pihak. – Gambar fail Scoop, 26 Februari, 2025

“Nazri lahir dari kilang Pemuda Umno, beliau terkenal dengan kelantangannya. Akmal mewarisi kepimpinan Pemuda Umno di zaman Nazri.

“Pertelagahan yang berlaku mungkin sebab masing-masing salah faham, jadi hentikanlah, kita tegur dan nasihat usah dipanjangkan lagi kerana ini tidak menguntungkan parti pun.

“Kita juga tidak mahu percakaran antara ahli berpanjangan dan menjadi tumpuan, perkara kecil ini boleh diselesaikan, insya-Allah mereka boleh dan akan berdamai,” katanya kepada Scoop hari ini.

Sebelum ini, Nazri membidas Akmal sebagai bersikap kebudak-budakan dan mempunyai mentaliti rendah.

Nazri berkata demikian bagi menjawab kritikan keras Akmal yang menyifatkannya sebagai ‘penjilat’ susulan kenyataannya bahawa tiada siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada.

Bagaimanapun, pada Isnin, Akmal yang juga Exco kerajaan negeri Melaka berkata beliau memperoleh kedudukan berkenaan bukan kerana mengampu mana-mana pemimpin sebaliknya memperoleh jawatan itu kerana mandat daripada rakyat.

“Jadi saya diangkat oleh rakyat,bukan diangkat dengan cara menjilat pemimpin. Maka saya nak perbetulkan ayat Dato Seri ,bahawa Dato Seri menjilat sebenarnya untuk keuntungan peribadi bukan utk orang lain,’’ katanya.

Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berkata perbalahan berkenaan perlu dielakkan daripada berkembang kerana ia boleh merosakkan keharmonian sesama ahli Umno. – Gambar dari Facebook, 26 Februari, 2025

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berkata, perbezaan pandangan dalam sesebuah organisasi itu merupakan perkara biasa.

“Namun, kita perlu mengelakkan ia daripada berkembang menjadi perbalahan yang boleh merosakkan keharmonian sesama kita.

“Ahli parti dan rakyat sentiasa memerhatikan setiap tindakan kita, jadi kita perlu berhati-hati agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dan meluat dengan tindak tanduk kita pada kalangan mereka semua,” katanya

Tambah beliau, kenyataan Nazri juga disifatkan sebagai pandangan peribadi dan bukanlah mewakili Umno Padang Rengas secara keseluruhannya. – 26 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related