Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1740639389:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 248641
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:73:"Bukan semua perkara perlu dipertontonkan di media sosial, kata Mohd Na'im";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 100
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753069067";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:1;i:11;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752758126";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752976029";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753069067
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Cabar suami minum susu badan di medsos cetus fitnah, perpecahan dalam keluarga: Mohd Na'im | Scoop

Cabar suami minum susu badan di medsos cetus fitnah, perpecahan dalam keluarga: Mohd Na’im

Bukan semua perkara perlu dipertontonkan di media sosial, kata Mohd Na'im

2:56 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bukan sahaja menjejaskan maruah diri dan keluarga, tetapi bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dalam dunia serba canggih hari ini, media sosial sering digunakan untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kisah hidup.

“Bukan semua perkara perlu dipertontonkan di media sosial,” katanya kepada Bernama berhubung video tular seorang pempengaruh mencabar suaminya untuk minum susu badan dengan menawarkan sejumlah wang.

Mohd Na’im berkata membuka aib pasangan di media sosial bukan penyelesaian, begitu juga dengan trend mencabar suami kerana ia boleh membawa kepada fitnah, kebencian dan perpecahan dalam keluarga serta masyarakat. 

“Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam rumah tangga dan mencetuskan mudarat lebih besar, termasuk kes perceraian tidak terkawal,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan penerangan berkaitan isu berkenaan dalam Bayan Linnas Siri 308 yang menyatakan Jabatan Mufti Mesir selari dengan pandangan Mazhab Hanafi bahawa hukum suami meminum susu isteri adalah haram berdasarkan hujah susu adalah sebahagian anggota manusia. 

“Bahagian anggota manusia tidak boleh dimanfaatkan melainkan untuk keperluan darurat. Oleh itu, dapat difahami meskipun tidak berlaku pensabitan mahram, perbuatan suami meminum susu isteri tanpa sebab yang munasabah dianggap sebagai sesuatu yang tiada keperluan,” katanya.

Beliau berkata pensyariatan penyusuan ibu kepada bayi berumur dua tahun ke bawah adalah tuntutan penting demi memastikan perkembangan dan tumbesaran yang sihat, dan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan hak bayi terhadap susu ibu, termasuk trend mencabar suami untuk menghabiskan susu badan isteri adalah tidak wajar dan perlu dielakkan.

Mohd Na’im berkata dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadis yang mengajar agar sentiasa menjaga aib pasangan kerana perkahwinan adalah amanah yang perlu dipelihara. 

“Saya menyeru agar kita semua mengambil pendekatan lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani isu rumah tangga.

“Lindungilah maruah keluarga dan jagalah hubungan suami isteri dengan kasih sayang serta kesabaran. Islam mengajarkan kita untuk menjadi pasangan yang membahagiakan mengikut syariat Islam,” katanya. – 27 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

AirAsia’s Fernandes courts controversy again, this time over jab at refund seekers

AirAsia boss Tan Sri Tony Fernandes is in the firing line again, this time for taking a jibe at customers who “moaned about a refund”.

Related