Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1740732808:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_271942a09aa65043cfb5476ea8fe97f1] => Array
        (
            [0] => 
Stop further talks on addendum order, respect legal process: Pahang sultan
) [_oembed_time_271942a09aa65043cfb5476ea8fe97f1] => Array ( [0] => 1740732058 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 88 ) [_oembed_3baa1b30b3b315865bcc556d98c2c2ec] => Array ( [0] => ) [_oembed_time_3baa1b30b3b315865bcc556d98c2c2ec] => Array ( [0] => 1740732191 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 14 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dinyatakan Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini";} ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 248757 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753121560";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752578581";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 0 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1753121560 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Kabinet junjung kasih titah Sultan Pahang minta Titah Adendum tak dibahas: Fahmi | Scoop

Kabinet junjung kasih titah Sultan Pahang minta Titah Adendum tak dibahas: Fahmi

Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dinyatakan Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri hari ini menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan soal titah adendum.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjunjung kasih titah Sultan Pahang itu.

“Perkara ini dinyatakan Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Kita semua sendiri maklum Tuanku telah bertitah supaya isu titah adendum yang sekarang di bawah proses undang-undang perlu dihormati.

“Tuanku juga bertitah dan meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal titah adendum ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Sultan Pahang menerusi kenyataan bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal titah adendum.

Tuanku menegaskan, titah berkenaan telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Oleh itu semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik,” titah baginda semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri, Pahang,  malam tadi.

Menurut Fahmi, pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan.

Ditanya apa tindakan kerajaan jika Titah Adendum itu tetap dibahaskan oleh segelintir pihak, Fahmi berkata, beliau percaya semua pihak akan menghormati titah Tuanku itu.

“Dalam hal ini dan kita serah kepada proses mahkamah,” katanya.

Pada 13 Januari, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Najib sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 28 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Govt fails to satisfactorily convince the people of Zahid’s DNAA – Mohamed Hanipa Maidin

WE all know that the Kuala Lumpur High Court had granted Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi a discharge not amounting to acquittal (DNAA) of 12 charges for criminal breach of trust under Section 409 of the Penal Code; eight charges under Section 16(a)(B) of the MACC Act 2009; and 27 charges under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Related