KWSP umum dividen 6.3% untuk simpanan konvensional, syariah

Jumlah pendapatan pelaburan KWSP pada 2024 meningkat 11% sebanyak RM74.46 bilion berbanding RM66.99 bilion pada 2023

12:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi untuk 2024 iaitu 6.3% bagi simpanan konvensional dan syariah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn ia menjadikan jumlah pembayaran dividen bagi 2024 adalah sebanyak RM73.24 bilion, lapor Bernama.

Jelasnya, bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion meningkat 11% daripada RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

“Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut,” katanya pada KWSP 2024: Taklimat Dividen di sini, pada Sabtu. – 1 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Akui jualan bisnes terkesan bila TikTok Shop ditutup, Luna Maya tetap sokong tindakan pemerintah yang mahu melindungi bisnes masyarakat lokal

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya mengakui keputusan kerajaan Indonesia untuk menutup Tik Tok Shop secara rasmi pada 4 Oktober lalu telah memberikan impak yang cukup besar kepada bisnes yang diusahakannya.

Related