Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1741067234:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 249045
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:133:"Perbicaraan kes membabitkan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dijadualkan berlangsung seperti biasa pada 11 Mac ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748871500";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748394039";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748871500
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

)
Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan abai anak ditolak | Scoop

Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan abai anak ditolak

Perbicaraan kes membabitkan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dijadualkan berlangsung seperti biasa pada 11 Mac ini

1:03 PM MYT

 

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan demikian selepas menolak notis usul yang difailkan Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, pada Januari lepas selaku pemohon.

Susulan itu, perbicaraan kes membabitkan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dijadualkan berlangsung seperti biasa pada 11 Mac ini.

“Mahkamah telah meneliti notis usul dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, mahkamah memutuskan menolak permohonan pemohon (bagi membatalkan pertuduhan).

“Saya telah meneliti pertuduhan yang dihadapi oleh pemohon-pemohon dan mendapati tiada kecacatan dalam pertuduhan dikemukakan itu,” katanya Roszianayati dalam prosiding keputusan permohonan kes itu. 

Roszianayati ketika membaca keputusan ringkas itu berkata pertuduhan dihadapi Zaim Ikhwan dan Ismanira memenuhi inti pati terhadap kesalahan dihadapi mereka di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sebagai orang mempunyai penjagaan terhadap seorang kanak-kanak telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

“Mahkamah mendapati pertuduhan yang didraf (dirangka) telah memberikan notis cukup kepada pemohon yang dikatakan telah mengabaikan kanak-kanak tersebut dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal,” katanya.

Susulan itu, Roszianayati berkata pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan cara pengabaian itu dilakukan iaitu melalui keterangan-keterangan yang akan dikemukakan.

“Di samping itu, pihak pendakwaan mempunyai beban (tanggungjawab) untuk membuktikan bahawa pengabaian tersebut mestilah suatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak tersebut,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Muhamad Amin, manakala Lavanesh Haresh dan Marcus Lee mewakili kedua-dua tertuduh.

Pada 3 Feb, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak bantahan awal pihak pembelaan yang mendakwa pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh adalah cacat atau defektif.

Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya dan mangsa dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. – 4 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

SPM 2023 results out on May 27: MoE

Candidates can obtain results from respective schools starting 10am on announced date

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related