Ahli MT Umno Azeez Rahim cerai isteri kedua, Marina

Difahamkan, Marina adalah peguam yang mewakili Azeez dalam prosiding permohonan kerajaan untuk melucut hak wang hampir RM16 juta daripada akaun peribadi TH milik isterinya, Datin Khadijah Mohd. Noor dan empat anak mereka serta satu lot kedai di Bandar Sunway pada 2001

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, 66, sah bercerai dengan isteri keduanya, Marina Mohamed, 50, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.

Lafaz cerai ke atas Marina dibuat di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Marina, dikatakan peguam yang mewakili Azeez dalam prosiding permohonan kerajaan untuk melucut hak wang hampir RM16 juta daripada akaun peribadi Tabung Haji (TH) milik isteri Abdul Azeez, Datin Khadijah Mohd. Noor dan empat anak mereka serta satu lot kedai di Bandar Sunway pada 2001.

Permohonan cerai itu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan kebenaran mahkamah.

Antara alasan yang dinyatakan adalah tiada lagi perasaan kasih sayang, tiada persefahaman dan wujud perbalahan dalam rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 11 September 2019 di Bachok, Kelantan dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada prosiding hari ini, Abdul Azeez, bekas Ahli Parlimen Baling diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain@Zakaria manakala Marina diwakili peguam syarie, Azmi Rais.

Sementara itu, Mohd. Zaidi ketika ditemui memberitahu mahkamah merekodkan perpisahan mereka berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Pejabat Agama Islam, baru-baru ini.

Mengikut laporan itu, beliau berkata pasangan terbabit menghadapi shiqaq rumah tangga, iaitu perbalahan berpanjangan yang tidak dapat didamaikan.

“Ditekankan bahawa defendan merupakan isteri keduanya dan lafaz dibuat secara baik dengan talak satu hari ini,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Manakala Azmi, yang mewakili Marina memberitahu, mahkamah menetapkan Isnin untuk prosiding tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah antara kedua-dua pihak berkenaan.

Menurutnya, perintah ‘shiqaq’ telah dikeluarkan dan mahkamah menasihati plaintif untuk melafazkan cerai.

“Alasannya, tiada ‘mawaddah warahmah’ untuk meneruskan perkahwinan serta tiada persefahaman dan perasaan kasih sayang dalam rumah tangga itu.

“Pada dasarnya, anak guam saya tidak bersetuju, namun selepas perjumpaan JKP, didapati tiada perdamaian, jadi kuasa untuk menceraikan berada di tangan suami,” katanya. – 17 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related