Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742377663:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 91
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250442
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:84:"Jemaah Menteri masih ada masa untuk membincangkan mengenai bantuan khas kewangan itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750998956";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:4;i:1;i:11;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750998956
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
'Kita belum nak beraya lagi' Kabinet belum bincang bantuan khas Aidilfitri: Fahmi | Scoop

‘Kita belum nak beraya lagi’ Kabinet belum bincang bantuan khas Aidilfitri: Fahmi

Jemaah Menteri masih ada masa untuk membincangkan mengenai bantuan khas kewangan itu

5:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Kerajaan masih belum membincangkan sebarang keputusan mengenai penyaluran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, masih ada masa bagi Jemaah Menteri membincangkan perkara itu kemudian.

“Masih ada masa tapi tak dibincangkan (BKK Aidilfitri) hari ini. Kita belum nak beraya lagi,” katanya ringkas.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri belum membincangkan perkara berkenaan. – Gambar Bernama, 19 Mac, 2025

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat dilaporkan berkata, pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Jelasnya lagi, sambutan Aidilfitri sering membabitkan peningkatan perbelanjaan, khususnya bagi mereka yang perlu membuat persiapan pulang ke kampung halaman, menyediakan keperluan asas keluarga, serta memenuhi keperluan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat.

Menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan turut menerima pelarasan gaji sebanyak 15% secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Disember 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Januari 2026.

Sementara itu, bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2, menerusi SSPA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.

Malah, pada Februari lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak telah menerima BKK sebanyak RM500 manakala, pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan sasaran untuk mewujudkan 500 sekolah angkat di seluruh negara.

“Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa 20 sekolah telah diambil sebagai sekolah angkat oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Segala usaha ini akan diselaras oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Sekiranya ada mana-mana syarikat swasta yang berhasrat untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat, maka boleh berhubung dengan KPM. 

“Maklumat yang lebih terperinci tentang mekanisme (sekolah angkat), boleh berhubung dengan KPM,” katanya. – 19 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related