Tuduhan kerajaan bayar pampasan RM2 juta kepada pihak kuil tidak berasas: Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menjelaskan tiada sebarang perjanjian atau ‘deal’ lain dibuat selain daripada penyelesaian yang telah diumumkan secara rasmi semalam

5:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya kerajaan memberi pampasan RM2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada pihak kuil.

“Dakwaan yang tular di media sosial, khususnya menerusi hantaran Saudara Firdaus Wong Wai Hung di laman Facebook beliau semalam, yang mendakwa dengan pertanyaan kononnya kerajaan memberikan pampasan RM2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas.

“Kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada pihak kuil seperti yang digambarkan.

“Malahan, tiada sebarang perjanjian atau ‘deal’ lain dibuat selain daripada penyelesaian yang telah saya umumkan secara rasmi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah hasil perbincangan secara harmoni antara semua pihak yang terlibat dan bersifat menang-menang.

“Yang paling utama, pembinaan masjid yang telah tertangguh sejak 2020 di atas tanah milik swasta tersebut dapat diteruskan seperti yang dirancang,

“Manakala pihak kuil pula bersetuju untuk berpindah ke lokasi alternatif yang telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa kes ini tidak boleh dijadikan sebagai rujukan (precedent case) untuk mana-mana kes lain pada masa akan datang.

“Ia adalah penyelesaian khusus kepada isu tersebut, yang ditangani dengan penuh hikmah, mengikut lunas undang-undang dan mempertimbangkan sensitiviti pelbagai pihak.

“Saya menggesa agar semua pihak menghentikan polemik yang tidak berfaedah ini.

“Janganlah kita mengapi-apikan sentimen agama atau perkauman berdasarkan maklumat yang tidak sahih, kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan yang telah kita bina bersama,” katanya.

Terdahulu Zaliha berkata, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India akan dipindahkan 50 meter dari tapak asal, di mana sebuah masjid akan dibina.

Tapak baharu kuil itu akan meliputi kawasan seluas 4,000 kaki persegi, bersamaan dengan saiz tapak sedia ada. – 26 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related