Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743492429:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 251492
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 78
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748842410";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748388509";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748842410
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:130:"Cadangan ini adalah secara umum, mungkin mereka yang menukar alamat adalah pengundi PH-BN juga, kata Ketua Penerangan PAS Selangor";}
        )

)
'Kami tak fokus Kelantan, Terengganu sahaja, pengundi negeri lain pun boleh tukar alamat’ : PAS Selangor | Scoop

‘Kami tak fokus Kelantan, Terengganu sahaja, pengundi negeri lain pun boleh tukar alamat’ : PAS Selangor

Cadangan ini adalah secara umum, mungkin mereka yang menukar alamat adalah pengundi PH-BN juga, kata Ketua Penerangan PAS Selangor

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS Selangor menegaskan cadangan meminta pengundi negeri lain yang tinggal dan bekerja di Selangor untuk menukar alamat mengundi bukan strategi parti itu untuk semata-mata memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad ketika memberitahu Scoop berkata, cadangan yang dilontarkan itu lebih kepada memberi kesedaran kepada pengundi.

“Itu bukan strategi, kalau strategi kita tak umum, ia lebih kepada kesedaran, jadi kita tidak mahu ada yang salah tafsir.

“Contohnya pengundi di Terengganu, masa hari mengundi dia tidak balik ke kampung, jadi dia tidak mengundilah, mungkin ada kekangan kerja dan sebagainya, di sini (Selangor) pun dia tidak boleh mengundi kerana tidak tukar alamat mengundi

“Jadi kenapa tidak kan? Untuk dia tukar alamat dan mengundi di sini,” katanya kepada Scoop.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata pertukaran alamat mengundi adalah hak yang dibenarkan oleh SPR. – Gambar kredit Harakah Daily, 2 April, 2025

Beliau berkata, seruan itu juga dibuat secara umum, justeru Pakatan Harapan (PH) di Selangor tidak perlu rasa terancam.

“Sebab kalau kita seru secara umum, untuk tukar alamat, mereka boleh jadi pengundi PH-BN (Barisan Nasional) atau pun PN.

“Jadi kenapa hendak takut, kami juga tidak fokus kepada empat negeri sahaja, bukan pengundi Pantai Timur sahaja, lain-lain negeri pun ada yang bekerja di sini.

Tambah beliau, mungkin ada pihak yang terkeliru dengan seruan terbabit dan penjelasan lanjut akan diberikan pihaknya selepas sambutan Aidilfitri.

“Lepas raya kita akan panggil sidang media untuk penjelasan lebih lanjut,” katanya.

Sebelum ini, dua pemimpin PAS Selangor telah mencadangkan supaya mereka yang berdaftar sebagai pengundi di negeri lain tetapi menetap di Selangor segera memindahkan alamat undi ke negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dan Zurk berkata, langkah itu dapat meningkatkan jumlah pengundi Perikatan Nasional (PN) di Selangor terutama di kawasan majoriti kaum Melayu dan luar bandar.

Susulan itu penganalisis politik berpandangan PH perlu mengukur sejauh mana keberkesanan strategi PAS untuk memindahkan ribuan pengundi luar ke Selangor bagi menghadapi pilihan raya akan datang dan memastikan kemenangan PN di negeri itu.

Penganalisis politik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Awang Azman Awang Pawi ketika dihubungi Scoop berkata, jika mobilisasi ini berjaya memindahkan ribuan pengundi PAS dari Kelantan dan Terengganu ke Selangor, maka PH perlu mengambil serius perkara itu.

Kerajaan Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) kini memegang 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor, manakala PN pula baki 21 kerusi dengan 10 daripadanya milik PAS.

PN sebenarnya mampu menang dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya ketika PRN lalu berjaya memenangi lapan kerusi tambahan. – 2 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

Terengganu MB reveals state exco portfolios

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today announced the list of 11 portfolios for the state executive councillors, including a representative from Bersatu.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related