Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743763733:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 252159
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 105
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750817232";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750920889";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750984693";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750984693
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Hasil siasatan awal mendapati salah satu jentera, eskavator turut terbenam dalam lubang tersebut selepas letupan";}
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_oembed_f6bdb5aa85227c61a03443bf59c407d5] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_oembed_time_f6bdb5aa85227c61a03443bf59c407d5] => Array
        (
            [0] => 1743763078
        )

)
Polis sahkan aktiviti korek tanah ganti paip kumbahan berlaku sebelum letupan di Putra Height | Scoop

Polis sahkan aktiviti korek tanah ganti paip kumbahan berlaku sebelum letupan di Putra Height

Hasil siasatan awal mendapati salah satu jentera, eskavator turut terbenam dalam lubang tersebut selepas letupan

5:18 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Siasatan awal polis mengesahkan aktiviti pengorekan tanah dijalankan untuk menggantikan paip-paip kumbahan, kira-kira 30 meter dari pusat letupan di Putra Height, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis juga mengenalpasti pemaju, kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang terlibat dengan aktiviti penggantian paip kumbahan di kawasan itu.

“Siasatan polis telah kenalpasti hala tuju siasatan, kerja-kerja korek tanah dilakukan sekitar kawasan tersebut.

“Polis mengesahkan ada satu aktiviti korek tanah berlaku sebelum kejadian letupan itu, bagi mengantikan paip-paip kumbahan yang berada kurang 30 meter dari pusat letupan.

“Pihak polis telah mengenalpasti pemaju, kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang terlibat yang menggunakan dua jentera, backhoe dan eskavator yang telah digunakan untuk mengorek tanah kawasan itu.

“Kerja-kerja tersebut telah dihentikan pada 30 Mac. Hasil siasatan awal mendapati salah satu jentera, eskavator turut terbenam dalam lubang tersebut selepas letupan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hussein memberitahu, polis memerlukan masa bagi siasatan lanjut untuk mengenalpasti sama ada aktiviti pengorekan ini boleh menyebabkan letupan berkenaan.

Jelasnya, letupan berkenaan menyebabkan lubang besar kedalaman lebih kurang 8 meter dan lebar dengan diameter 70 meter.

“Dalam lubang itu ada 3 paip Petronas yang membawa gas semula jadi. Salah satu paip pecah dan menghasilkan letupan besar.

“Kita masih memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini.

“Kita boleh sahkan memang ada aktiviti korek tanah berlaku sebelum tapi adakah korekan itu berapa dalam dan berapa jauh masih perlu disiasat lagi dan seterusnya adakah aktiviti itu menyebabkan berlaku letupan,” katanya

Beliau berkata, setakat ini polis sudah mengambil percakapan 56 orang saksi terdiri daripada mangsa yang berada di tempat kejadian, kontraktor dan pekerja di kawasan itu.

“Kita telah kenal pasti seorang saksi yang berada di kawasan itu ketika kejadian letupan berlaku.

“Seorang pengawal keselamatan berada di bangunan rumah kedai yang baru didirikan , dia berada waktu kejadian dan dia juga cedera, polis sedang kumpul maklumat dan keterangan daripada saksi ini,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Hussein, polis telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah melibatkan elemen khianat dan kecuaian.

Polis juga kata, akan memanggil sesiapa sahaja bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui sama ada terdapat sebarang unsur jenayah.

“Letupan besar yang berlaku menyebabkan kawasan tanah tak stabil, jadi ini perlu distabilkan dahulu. Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan dua minggu untuk menghasilkan laporan awal dan seterusnya dua minggu untuk laporan akhir.

“Dalam tempoh dua minggu ini, sekarang kita stabilkan dulu tanah di kawasan pusat letupan, dan 15 April nanti baru akan mula korek,” katanya.

Beliau juga memberitahu setakat ini tiada mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit hasil siasatan oleh Pasukan Marin, Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik yang meninjau, memeriksa sungai berhampiran serta sekitar lokasi kejadian.

Pada masa sama Hussein berkata setakat ini pihaknya telah menerima 20 rakaman papan pemuka kenderaan daripada media sosial dan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Daripada video itu kita kenal pasti saksi kejadian dan semakan masih dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya. – 4 April, 202

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related