MCMC sumbang komputer riba kepada sekolah, pelajar terkesan insiden letupan paip gas Putra Heights

MCMC akan mengagihkan 302 komputer riba (37 unit kepada pelajar dan 265 unit kepada sekolah) serta 620 telefon bimbit kepada setiap ketua isi rumah yang terbabit

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyediakan bantuan kemudahan digital termasuk komputer riba kepada pelajar dan sekolah yang terkesan susulan insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu bagi membantu urusan pembelajaran dan komunikasi pelajar yang terkesan.

“MCMC turut menyediakan kemudahan peranti telefon bimbit kepada ketua isi rumah serta komputer riba kepada sekolah yang terkesan di sekitar Putra Heights dengan pemberian akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

“MCMC akan mengagihkan 302 komputer riba (37 unit kepada pelajar dan 265 unit kepada sekolah) serta 620 telefon bimbit kepada setiap ketua isi rumah yang terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah MCMC, bantuan akan disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari ketika lawatan bersama wakil Kementerian Komunikasi dan MCMC ke pusat penempatan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

“Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan beban mangsa terutamanya dalam urusan pembelajaran, perkhidmatan dalam talian dan perhubungan komunikasi yang penting dalam situasi sukar ini,” katanya.

Selasa minggu lalu, satu kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, di sini pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500 meter yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya. – 13 April, 2025

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed Ogos 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related