Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1744790131:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:"Ia bagi mendengar keputusan permohonan Peguam Negara mendapatkan kebenaran merayu berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes melibatkan Najib";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 253734
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751576006";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:6;i:21;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750988306";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751219829";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751576006
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Dokumen tambahan: Najib dibenar hadir ke Mahkamah Persekutuan 28 April, dengar keputusan | Scoop

Dokumen tambahan: Najib dibenar hadir ke Mahkamah Persekutuan 28 April, dengar keputusan

Ia bagi mendengar keputusan permohonan Peguam Negara mendapatkan kebenaran merayu berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes melibatkan Najib

3:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan hadir ke Mahkamah Persekutuan pada 28 April ini untuk mendengar keputusan berhubung permohonan Peguam Negara bagi mendapatkan kebenaran merayu berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes melibatkan bekas perdana menteri itu.

Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib memaklumkan anak guamnya ingin menghadiri prosiding pada hari berkenaan.

Permohonan itu tidak dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan Safiyyah Omar.

Pada 6 Januari lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengembalikan kes Najib berhubung dakwaan mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah ke Mahkamah Tinggi, untuk pendengaran merit.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang sebelum ini menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan kewujudan dokumen tambahan itu.

Najib, 71, dalam permohonan semakannya memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari tahun lepas.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta, termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Datuk Amarjeet Singh yang menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022. Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 16 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas to finalise workforce size by mid-2025, rightsizing to begin in second half of the year: CEO

Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz allays fears of mass layoffs, says senior management will not be shielded

Revival of Ayah Pin teachings in Besut? Cops say no proof but continuously monitoring 

Terengganu police have yet to find any clues or attempts to revive the teachings of Ayah Pin, which were declared deviant in 1997. 

Firm managing LCS construction MoF-owned, not a shell company: Tok Mat

Ocean Sunshine Bhd, which has taken over project management of the littoral combat ships’ construction, is not a shell company and is fully owned by the Finance Ministry, said Defence Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Related