Isu Jalur Gemilang tanpa bulan sabit lebih sesuai diadili Majlis Media, bukan polis: Kadir Jasin

Kadir Jasin berkata adalah sangat baik jika penubuhan Majlis Media Malaysia disegerakan

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu melibatkan penyiaran grafik Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit merah oleh akhbar Sin Chew Daily lebih sesuai diadili Majlis Media Malaysia, daripada menjadi isu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Justeru, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin berkata, adalah sangat baik sekiranya penubuhan Majlis Media Malaysia disegerakan.

Beliau yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata memandangkan Sin Chew sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf secara terbuka serta menyiarkan permohonan maaf itu di akhbarnya, maka dari sudut etika kewartawanan akhbar berkenaan telah melakukan apa yang perlu.

“Kalau penyiaran grafik itu disengajakan, saya anggap mereka ini sama ada sangat bodoh, sangat jahat atau sangat berani.

“Tapi, kalau tidak disengajakan, mereka ini sama ada bodoh kerana tidak kenal bendera negara sendiri atau mereka buat kerja sambil lewa dan sistem penyuntingan serta kawalan dalaman mereka sangat lemah iaitu mereka tidak profesional,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap, tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar Sin Chew Daily.

Ia mencetuskan kemarahan ramai dan berikutan itu, Sin Chew Daily tampil memohon maaf dan menjelaskan kesilapan itu berpunca daripada masalah teknikal.

Sin Chew Daily juga dalam satu kenyataan memberitahu ia sedang mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan yang bertanggungjawab atas imej bendera Malaysia yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang diterbitkan di muka hadapan akhbar tersebut tanpa lambang bulan sabit.

Akhbar tersebut berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh berhubung insiden itu dan sejak itu telah memperketatkan prosedur editorialnya, khususnya dalam penggunaan alat AI untuk penghasilan kandungan.

Sementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Siasatan itu dijalankan selepas polis menerima 13 laporan.

Manakala Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Februari lepas, setelah lebih 50 tahun cadangan penubuhannya dibincangkan.

Ia bagi mewujudkan sebuah badan kawal selia kendiri demi menjaga kepentingan media dan pengamal media di negara ini. – 17 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related