Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1745739203:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 255123
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:144:"Keyakinan BN akan berlaku 'transfer vote' meleset sama sekali sebaliknya PN kekal teguh dengan undi teras, kata Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750725343";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750942371";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750942371
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Ayer Kuning: pengundi teras PH sendiri tidak undi BN, kata PAS | Scoop

Ayer Kuning: pengundi teras PH sendiri tidak undi BN, kata PAS

Keyakinan BN akan berlaku 'transfer vote' meleset sama sekali sebaliknya PN kekal teguh dengan undi teras, kata Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Meskipun Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, namun keyakinan parti itu akan berlaku gelombang besar ‘transfer vote’ sehingga mampu mencapai majoriti 18,000 undi adalah jauh meleset.

Sebaliknya, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohamed Sukri Omar berkata, Perikatan Nasional (PN) kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Ia sekali gus menunjukkan sokongan akar umbi kepada PN tetap utuh dan tidak terjejas walaupun diasak hebat oleh kekuatan jentera kerajaan.

“PRK ini juga membuktikan tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN dengan jumlah yang besar. Sebaliknya, rakyat secara kolektif telah menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat.

“PRK ini membuktikan tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN dengan jumlah yang besar.

“Sebaliknya, rakyat secara kolektif telah menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, lebih ketara apabila kemerosotan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina yang memperlihatkan pengundi teras PH sendiri tidak bersedia untuk mengalihkan sokongan kepada BN.

“Ia satu mesej penolakan yang sangat jelas terhadap kerjasama politik antara dua parti ini.

“Sejarah menunjukkan Ayer Kuning adalah kubu kuat UMNO dan BN justeru kemenangan BN tidaklah mengejutkan,’’ katanya.

Pada PRK DUN Ayer Kuning semalam, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada PN (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan tersebut mengekalkan DUN Ayer Kuning sebagai kubu kuat BN yang telah dikuasai parti itu sejak 1986.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lepas.

Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata, majoriti undi yang semakin mengecil dalam PRK kali ini adalah satu peringatan keras buat BN bahawa keyakinan rakyat terhadap mereka semakin menipis.

Keputusan itu, katanya merupakan tanda-tanda awal perubahan arus politik yang tidak boleh dipandang ringan.

“PAS mengingatkan Perikatan Nasional perlu terus memperkukuh peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Perak. Segala isu yang dibangkitkan sepanjang kempen PRK Ayer Kuning, yang banyak dinafikan oleh kerajaan negeri perlu terus diperjuangkan agar suara rakyat tidak tenggelam di dalam dewan,’’ katanya. – 27 April, 2025

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related