Campur tangan PRU Singapura, Sukri Omar tidak akan minta maaf kerana ‘bela nasib umat Islam yang ditindas di Singapura’

Sindiran tentang kononnya beliau mempengaruhi pilihan raya Singapura, itu sekadar ‘spin’ politik murahan, kata Sukri

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata beliau tidak akan meminta maaf atas dakwaan masuk campur dalam Pilihan Raya Umum Singapura.

Malah kata Mohamed Sukri, beliau akan membela nasib umat Islam di mana sahaja mereka ditindas termasuk saudara Islam di Singapura.

“Adapun sindiran tentang kononnya saya mempengaruhi pilihan raya Singapura, itu sekadar ‘spin’ politik murahan.

“Saya sentiasa menghormati kedaulatan mana-mana negara.

“Tetapi saya tidak akan pernah meminta maaf kerana membela nasib umat Islam di mana saja mereka ditindas, termasuk saudara seakidah kita di Singapura,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) negara berkenaan mendedahkan dua pemimpin PAS dari Malaysia didapati masuk campur dalam PRU Singapura.

Mereka dikenalpasti sebagai Bendahari Agung PAS, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar .

Berita Harian Singapura melaporkan, kedua-duanya didapati mengeluarkan hantaran di Facebook yang menyiarkan komen mereka terhadap politik Singapura.

Terdahulu, Mohamed Sukri berkata, keprihatinannya bukan bertujuan mencampuri urusan pilihan raya Singapura tetapi sebahagian tanggungjawab moral terhadap nasib masyarakat Melayu-Islam di Singapura yang semakin terhimpit dalam pelbagai sudut sama ada pendididikan, ekonomi atau kebebasan berbudaya.

“Hak membela keadilan, maruah dan masa depan sesuatu bangsa bukanlah satu bentuk ‘campur tangan asing’ apabila ia dilakukan dengan adab, prinsip dan cinta kepada kemanusiaan tanpa paksaan atau hasutan kepada mana-mana parti politik di luar negara,’’ katanya.

Mohamed Sukri juga berkata, beliau mengambil maklum mengenai tindakan pihak berkuasa Singapura yang menyekat hantaran media sosialnya atas dakwaan cubaan mempengaruhi perjalanan pilihan raya negara itu. – 27 April, 2025

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

[UPDATED] Moral responsibility: ministers with multiple pensions should choose only one, says Anwar

Government politicians receiving multiple pensions have a moral responsibility to only opt for one pension scheme, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Related