Kerajaan diminta tegas elak artis luar biadap, bukan bersuara selepas kontroversi

Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif untuk membendung perkara ini daripada terjadi lagi

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa lebih berhati-hati dan cermat, sebelum meluluskan penganjuran konsert di negara ini, bagi memastikan insiden berkelakuan biadap dicetuskan kumpulan muzik pop rock, The 1975 tidak berulang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan seharusnya melakukan tindakan proaktif dan bukannya bersuara selepas kontroversi terjadi.

Katanya, jika mengikut Akta 559 Seksyen 29, perbuatan tidak sopan di tempat awam juga boleh dikenakan tindakan undang-undang tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

“Kerajaan perlu tegas dalam hal ini. Kerajaan perlu mengharamkan mana-mana artis yang mendukung amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) daripada membuat konsert di Malaysia agar kejadian sama tidak berulang.

“Kami berharap kerajaan dapat membuat tindakan proaktif membendung perkara ini daripada terjadi lagi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Jumaat lalu, vokalis The 1975 Matty Healy didakwa memegang botol arak di atas pentas ketika kumpulan dari United Kingdom itu membuat persembahan pada Festival Good Vibes 2023 di Sepang, Selangor selain berkelakuan lucah dan memberikan ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Susulan insiden terbabit yang turut menerima kecaman meluas rakyat Malaysia, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semalam menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai sangat biadap, sekali gus mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang dijadualkan berlangsung hingga hari ini, dibatalkan serta-merta.

Malah, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), memutuskan menyenaraihitam kumpulan itu daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

“Saya mahu kumpulan ini tahu bahawa ada kehidupan selepas amputasi. Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh terus menyokong usaha untuk mereka kekal sihat dan mempunyai platform bagi berinteraksi dengan kawan-kawan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, PN sangat komited dalam mempertahankan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, selain menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara. Mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyokong arahan pembatalan penganjuran Festival Good Vibes 2023, susulan Tindakan The 1975 terbabit.

“Tindakan kumpulan itu tidak wajar dan gagal menghormati syarat penganjuran persembahan.

“Saya berharap kumpulan belia di Malaysia tahu kita menyokong kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk ekspresi, tetapi ada batasnya dan kena ikut undang-undang di Malaysia,” katanya. – 23 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related