PRN: Calon termuda 23 tahun, calon paling tua 80 tahun

PRN kali ini turut menyaksikan pembabitan anak-beranak dan mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan

5:28 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri ialah Melanie Ting Yi-Hlin, 23, manakala Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) MS Ravinder Singh, 80, menjadi calon paling tua.

Melanie, yang juga Ketua Turus Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), berdepan persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Kamri Kamaruddin dan Shasha Lyna Abdul Latif daripada Perikatan Nasional (PN).

MS Ravinder Singh, yang juga bekas guru, bertanding di Pantai Jerejak dalam persaingan empat penjuru menentang Fahmi Zainol (PH-PKR), Oh Tong Keong (PN-Gerakan) dan calon Muda Loh Xiang Pin.

MS Ravinder Singh, yang juga bekas guru, bertanding di Pantai Jerejak – Gambar Facebook Ravinder Singh, 29 Julai, 2023

PRN kali ini turut menyaksikan pembabitan anak-beranak dan mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan.

Isteri bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid tampil bergandingan dengan anaknya, Mohd Najib Mohd Isa yang merupakan Timbalan Ketua Umno Port Dickson, bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) masing-masing di Juasseh dan Bagan Pinang.

Bibi Sharliza, yang juga Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan, akan menentang Datuk Eddin Syazlee Shith (PN-Bersatu) manakala Mohd Najib berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Fatah Zakaria (PN-PAS).

Mohd Najib Mohd Isa berentap di DUN Bagan Pinang PRN ini, manakala Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid menjadi calon DUN Juasseh – Gambar Facebook Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, 29 Julai, 2023

Turut bertanding Nurul Syazwani Noh dan Danni Rais, yang mewakili PN, masing-masing di DUN Permatang, Selangor dan DUN Klawang, Negeri Sembilan.

Nurul Syazwani, yang juga anak bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, menentang Mohd Yahya Mat Sahri (PH-PKR) manakala Danni, anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, berdepan pertembungan tiga penjuru dengan Saiful Bahri Jaaman @ Sharman (Bebas) dan Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu diadakan setelah kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 27 Jun lepas membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Akui jualan bisnes terkesan bila TikTok Shop ditutup, Luna Maya tetap sokong tindakan pemerintah yang mahu melindungi bisnes masyarakat lokal

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya mengakui keputusan kerajaan Indonesia untuk menutup Tik Tok Shop secara rasmi pada 4 Oktober lalu telah memberikan impak yang cukup besar kepada bisnes yang diusahakannya.

Related