Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1690686334:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:135:"Apapun, parti bertanding perlu bijak ambil hati pengundi muda, yakinkan pemilih atas pagar untuk lebih berpeluang menang - Penganalisis";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 99462
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jangan ada yang pandang rendah kemampuan Kerajaan Perpaduan kerana mereka dah jadi kerajaan hampir lapan bulan sekarang ini dengan banyak pencapaian baik ditunjukkan.
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750756653";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:23;i:2;i:15;i:1;i:9;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751048967";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751048967
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 299
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kerajaan Perpaduan ada faktor wow, jangan pandang rendah calon PH | Scoop

Kerajaan Perpaduan ada faktor wow, jangan pandang rendah calon PH

Apapun, parti bertanding perlu bijak ambil hati pengundi muda, yakinkan pemilih atas pagar untuk lebih berpeluang menang - Penganalisis

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemampuan calon diketengahkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak sewajarnya dipandang enteng pihak lawan memandangkan parti diterajui Kerajaan Perpaduan itu memiliki kelebihan.

Penganalisis politik daripada Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, ia kerana Kerajaan Perpaduan itu sendiri mempunyai ‘faktor wow’ yang membuatkannya diterima rakyat.

Mazlan Ali berkata, mana-mana pihak juga tidak boleh menafikan polisi dilaksanakan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang dapat menarik pengundi atas pagar. – Gambar fail, 30 Julai, 2023

“Jangan ada yang pandang rendah kemampuan Kerajaan Perpaduan kerana mereka dah jadi kerajaan hampir lapan bulan sekarang ini dengan banyak pencapaian baik ditunjukkan.

“Malah sokongan undi diterima PH kini dah bergabung kerana masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dulu pertandingan tiga penjuru, bila bergabung ini secara matematik mudahnya terdapat kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan, jadi mungkin ada kawasan tertentu bila bergabung ini menjadikan undi lebih banyak,” katanya kepada Scoop.

Mazlan berkata, mana-mana pihak juga tidak boleh menafikan polisi dilaksanakan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang dapat menarik pengundi atas pagar.

Katanya, antara polisi itu adalah kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, nelayan dan B40 yang jika dibandingkan zaman dulu, ia tidak diberikan secara terus seperti dipratikkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bukan sekadar pemberian bantuan kepada golongan tertentu, kerajaan juga mengumumkan untuk menyemak gaji kakitangan awam.

“Siapa-siapa pun, terutama B40 kalau dapat naik gaji RM200, RM300 mereka mesti suka, jadi jangan dipandang enteng kemampuan PH.

“Walau di negeri tertentu seperti Kedah dianggap Perikatan Nasional (PN) kuat, mungkin PH boleh merapatkan jurang disebabkan pemboleh ubah politik saya sebut tadi,” katanya.

Rusdi Omar berkata calon dan parti di mana-mana negeri memerlukan sokongan anak muda untuk membantu kemenangan. – Gambar fail, 30 Julai, 2023

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Rusdi Omar berkata, bagi menawan hati pengundi di kawasan majoriti Melayu di beberapa negeri ditakluk PN, iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah, PH perlu melahirkan lebih ramai pemimpin yang mempunyai latar belakang islamik.

Menurutnya, kemampuan mengetengahkan pemimpin seperti itu akan lebih meyakinkan pengundi dan menarik mereka untuk memilih calon PH.

Bagaimanapun, paling penting, Rusdi berkata, calon dan parti di mana-mana negeri memerlukan sokongan anak muda untuk membantu kemenangan.

“Paling penting sekarang ialah di mana-mana negeri pun sokongan anak muda itu sangat mustahak.

“Siapa yang boleh menggerakkan, memahami dan memperoleh peluang daripada pengundi muda ini, merekalah akan berjaya dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos nanti,” katanya. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related