Sokongan rakyat kepada Sanusi kukuh di sebalik isu REE: penganalisis

Gelombang PN juga semakin kuat di Kedah dan tidak memberi kesan kepada Sanusi

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu yang mengaitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) tidak akan memberikan kesan kepada sokongan rakyat terhadapnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, 12 Ogos ini.

Pakar Keselamatan dan Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hussain Yusri Zawawi berkata, ini kerana berdasarkan kepada pola politik di Kedah, ia adalah mengenai jawapan yang diberikan oleh Sanusi terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan.

“Apa sahaja tuduhan dan persoalan yang dilemparkan kepada Sanusi akan dijawab olehnya walaupun kita tidak tahu kebenaran kenyataannya itu dan ketangkasannya menjawab dakwaan-dakwaan berkenaan telah meningkatkan keyakinan rakyat.

“Gelombang PN juga semakin kuat di Kedah dan tidak memberi kesan kepada Sanusi,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Dalam pada itu, Hussain berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap isu-isu berkaitan rasuah dan salah tadbir urus.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Sanusi seharusnya menyiasat kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran dan bukan menangkis sebarang dakwaan sebagai cubaan memfitnah.

“PAS sengaja memainkan isu itu. Sekiranya parti terbabit mendakwa kerajaan negeri mahupun Sanusi difitnah, bawalah perkara itu ke mahkamah atau buat laporan polis untuk siasatan dilakukan.

“Kerajaan negeri perlu jawab semua tuduhan dilemparkan, rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sebab itu Muhammad Sanusi wajar perjelaskan setiap dakwaan terhadapnya,” katanya. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related