Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691112812:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 206
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 100484
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:162:"Beberapa pengundi meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PRN
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => SUNGAI PETANI - Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750076181";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749683833";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750076181
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
PRN: Apa rakyat Kedah mahu? | Scoop

PRN: Apa rakyat Kedah mahu?

Beberapa pengundi meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan

8:42 AM MYT

 

SUNGAI PETANI – Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Beberapa pengundi meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan.

Pengusaha industri kecil dan sederhana Zarina Abdullah, 58, berpendapat isu kemudahan asas termasuk bekalan air masih belum diselesaikan dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga.

“Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya bersyukur menerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan pusat untuk perniagaan makanan tetapi masalahnya di negeri ini, kita ada masalah bekalan air.

“Masalah bekalan air ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi perniagaan saya,” katanya.

Ibu tunggal Faridah Hamzah, 59, berharap kerajaan negeri nanti berusaha memastikan kestabilan politik dan mengukuhkan ekonomi untuk masa depan negeri yang lebih baik serta menjadi lebih maju seiring negeri jiran, Pulau Pinang.

“Kita sudah tidak mahu duduk dalam kesusahan lagi. Sudahlah Kedah ini negeri kedua termiskin sekarang ini (dari segi pendapatan perkapita). Sesiapa juga yang dipilih nanti tolonglah bawa pembangunan untuk masa depan cucu-cucu kami,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Mujibu Abd Muis berkata, segala rungutan yang disuarakan pengundi di Kedah itu berasas dan merupakan manifestasi bahawa perlunya sebuah pentadbiran negeri yang mampu bergerak seiring dengan kerajaan Persekutuan agar pembangunan boleh diselaras dengan berkesan.

“Rungutan-rungutan rakyat itu adalah manifestasi kalau mahu selesai, kalau sekurang-kurangnya tak dapat samakan parti dengan Persekutuan, orang Kedah boleh pilih parti yang selari atau kalau nak undi nanti jangan pilih orang yang kontroversi untuk jadi Menteri Besar,” katanya.

Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, populariti sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin berkualiti dan pengundi di Kedah perlu bersederhana dalam memilih pemimpin dan tidak terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

Turut senada dalam perkara itu ialah Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Cawangan Kedah Firdaus Ramli yang berpendapat rancangan pembangunan di negeri ‘Jelapang Padi’ itu mampu dilaksanakan secara berkesan tanpa dipengaruhi perbezaan ideologi politik sekiranya pendirian kerajaan Persekutuan dan negeri seiring.

“Perbezaan pendirian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam agenda dan rancangan pembangunan akan menyebabkan ia terbantut atau tidak dapat dilaksanakan secara berkesan,” katanya. – 4 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related