Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691217746:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:231:"Semua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen. Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748419064";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:6;i:2;i:7;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748419064
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 229
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 100769
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Gaji graduan akan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu depan | Scoop

Gaji graduan akan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu depan

Semua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen. Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.

1:09 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah menetapkan bahawa satu jawatankuasa akan bermesyuarat bagi membincangkan penyelarasan gaji minggu depan, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. 

“Semua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen. Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.

“Secara tradisinya, jawatankuasa ini sepatutnya bermesyuarat 10 tahun sekali, tapi sekarang dah 12 tahun jawatankuasa ini tidak bermesyuarat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya pandangan beliau berkenaan gaji graduan yang kini dianggap merosot ke paras gaji minimum.

Beliau ditemui selepas memberi ucapan perasmian di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Anwar berkata kemajuan ekonomi negara dianggap tempang jika tidak mengambil kira keterangkuman masyarakat terutamanya mereka yang terpinggir.

“Sementara kita akui bahawa negara harus dipacu dengan mengambil kira kepentingan meritokrasi, tapi kita tidak boleh mengetepikan masyarakat yang tidak berkeupayaan untuk bersaing dalam keadaan adil,” katanya.

Dalam memberi contoh, katanya beliau merupakan antara kepimpinan di Asean yang awal mengusulkan agar Vietnam diterima sebagai sebahagian dari keluarga Asean melalui satu laporan kecil dan bebas (bukan mewakili kerajaan), One Southeast Asia, dan menggesa anggota Asean agar tidak tunduk kepada Amerika Syarikat yang pada ketika itu sangat meminggirkan Vietnam.

Tambahnya sebaik beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990-an, Anwar membawa satu delegasi perwakilan yang besar ke Vietnam untuk berbincang bersama mereka dan negara jiran itu membuka ruang kepada Malaysia untuk menubuhkan operasi perbankan di sana.

“Apabila saya berkunjung semula ke Vietnam bulan lepas, saya melihat pertumbuhan angka dan perubahan yang berlaku di sana jauh lebih baik dari kita dari segi perlaburan, kesenjangan, kadar kemiskinan. Dalam semua ukuran, mereka telah jauh tinggalkan kita,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta semua kementerian untuk tidak bekerja secara silo dan memanfaat kepakaran yang dimiliki oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dan universiti negara agar satu sinergi boleh diwujudkan antara semua pihak berkenaan. 

Beliau mengambil contoh bagaimana sinergi antara kerajaan dan kepakaran di universiti begitu aktif dilakukan dan menguntungkan negara China, sedangkan Malaysia masih lagi terikat dengan pendekatan lama.

“Jadi saya minta laporan terperinci supaya universiti berikan bidang-bidang tenaga akademik dan penyelidik untuk kita sesuaikan di jabatan atau kementerian mana, supaya ada sinergi dan dapat dimanfaatkan (oleh kerajaan).

“Andaiannya jika ini dapat dilakukan dalam tempoh segera, kita boleh pacu ekonomi dan mencapai pertumbuhan enam peratus dalam masa singkat selain pelaburan negara juga boleh bertambah di luar jangkaan,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman.

Persidangan tahunan anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM bertemakan ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik’ itu disertai kira-kira 350 orang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan profesional dari sektor awam dan swasta. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Penang lift tragedy: boss to face legal action over worker’s death if OSHA violation found

Penang Department of Occupational Safety and Health (DOSH) director Hairozie Asri said the department investigated the location as soon as they received information about the incident. He said DOSH has also issued an immediate stop work notice pending investigations.

Related