Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691247481:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Datuk Seri Anwar Ibrahim turut optimis mengenai masa depan negeri itu dan berjanji akan membantu Pulau Pinang dengan memberi perhatian khusus kepada pembangunan";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Seri Anwar Ibrahim turut optimis mengenai masa depan negeri itu dan berjanji akan membantu Pulau Pinang dengan memberi perhatian khusus kepada pembangunan
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Anwar
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 193
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 100996
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750704928";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:19;i:1;i:18;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750704928
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Pulau Pinang bakal lakar kejutan, pengundi Melayu sokong PH-BN: Anwar | Scoop

Pulau Pinang bakal lakar kejutan, pengundi Melayu sokong PH-BN: Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut optimis mengenai masa depan negeri itu dan berjanji akan membantu Pulau Pinang dengan memberi perhatian khusus kepada pembangunan

10:57 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini boleh menyaksikan kejutan dengan pengundi di kawasan majoriti orang Melayu memberi sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan negara.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini berikutan keyakinan orang Melayu terhadap rekod prestasi Kerajaan Perpaduan yang mengambil alih tampuk kepimpinan negara sejak lapan bulan lepas.

Perdana Menteri, yang mempunyai jadual padat di Pulau Mutiara hari ini, berkata orang Melayu akan membuat keputusan tepat untuk menyelamatkan Malaysia demi semua kaum.

“Ada kebimbangan di kawasan majoriti orang Melayu kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 di Pulau Pinang. Dulu mereka kata tidak boleh percaya Anwar sebab dia ikut DAP.

“Kata dia akan tinggalkan Islam, itu propaganda mereka dahulu. Setelah lapan bulan, apa yang disebut sekarang adalah selamatkan Islam, selamatkan Melayu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh di sini malam ini.

Justeru, Presiden PKR itu percaya dan yakin Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan memperoleh sokongan serta mandat yang lebih baik daripada pengundi Melayu.

“Pulau Pinang adalah model bagaimana anda memiliki tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, menjaga ekonomi dan pada masa sama, memastikan setiap komuniti mempunyai tempat di negeri ini,” katanya.

Anwar juga percaya rakyat Pulau Pinang sentiasa mengetuai sesuatu kebangkitan, bukan sahaja dalam penukaran kerajaan negeri pada 2008 malah perjuangan kebangsaan Melayu.

“Sebarang perubahan bermula di sini, surat khabar Melayu dulu pun mula di Pulau Pinang. Selepas itu, kesedaran Melayu bermula di Pulau Pinang, kebangkitan rakyat dengan kemenangan Pakatan Rakyat.

“Jadi pastikan kita mengekalkan kekuatan kita, kubu kuat kita dan kepimpinan kita dari segi kesedaran rakyat untuk membawa perubahan kepada Malaysia,” katanya.

Beliau turut optimis mengenai masa depan negeri itu dan berjanji akan membantu Pulau Pinang dengan memberi perhatian khusus kepada pembangunan seperti projek Transit Aliran Ringan (LRT) serta pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Related