Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691390423:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Disiplin pengurusan ekonomi dan kewangan ketat yang dipraktikkan Amirudin, meletakkan beliau mampu mentadbir negeri itu dengan prestasi kewangan paling baik
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Beliau berkata dalam tempoh lima tahun sejak 2018, Amirudin dengan perancangan ekonominya menyaksikan sumbangan KDNK Selangor kepada Malaysia meningkat, daripada 23.7 peratus kepada 24.3 peratus pada 2020, iaitu sewaktu negara mula diancam penularan pandemik COVID-19.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 101281
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PRN
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 44
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749625130";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749387787";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749625130
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 272
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Amirudin teruskan disiplin pengurusan ekonomi, kewangan baik sejak tadbir Selangor | Scoop

Amirudin teruskan disiplin pengurusan ekonomi, kewangan baik sejak tadbir Selangor

Disiplin pengurusan ekonomi dan kewangan ketat yang dipraktikkan Amirudin, meletakkan beliau mampu mentadbir negeri itu dengan prestasi kewangan paling baik

2:40 PM MYT

 

SHAH ALAM – Meskipun tidak mempunyai latar belakang ekonomi, Datuk Seri Amirudin Shari membuktikan keupayaannya memacu Selangor menjadi negeri termaju dan penyumbang utama kepada kemakmuran negara, sejak menerajui kerajaan negeri pada 2018.

Tokoh akademik dan ahli ekonomi berpandangan, disiplin pengurusan ekonomi dan kewangan ketat yang dipraktikkan Amirudin, meletakkan beliau mampu mentadbir negeri itu dengan prestasi kewangan paling baik, sejak kerajaan negeri bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH), kira-kira 15 tahun lepas.

Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata Amirudin, bijak mengadun antara tradisi pengurusan ekonomi dan kewangan yang dilaksanakan Menteri Besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan suntikan idea-idea segar, sehingga Selangor merekodkan peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 25.5 peratus tahun lepas.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun sejak 2018, Amirudin dengan perancangan ekonominya menyaksikan sumbangan KDNK Selangor kepada Malaysia meningkat, daripada 23.7 peratus kepada 24.3 peratus pada 2020, iaitu sewaktu negara mula diancam penularan pandemik COVID-19.

Barjoyai berkata prestasi itu, lebih baik daripada rekod yang dicatatkan semasa pentadbiran Mohamed Azmin iaitu 23 peratus, yang juga penurunan daripada sumbangan KDNK antara 22 peratus ke 23.7 peratus yang dicatatkan semasa era Abdul Khalid, sebagai Menteri Besar.

“Dengan penerusan disiplin pengurusan kewangan berhemah beserta pemerintahan yang bersih, kita juga dapat saksikan rizab simpanan Selangor meningkat (sehingga RM3.4 bilion), begitu juga dengan peningkatan pendapatan hasil kerajaan negeri (melalui pelaburan lain),” katanya kepada Bernama.

Barjoyai berkata visi dilakar Amirudin dan barisan exconya dalam bidang ekonomi, juga menyaksikan Selangor kekal sebagai destinasi pilihan pelabur dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain dibantu faktor kelebihan geografi sebagai pintu masuk perdagangan di ASEAN, menerusi dua lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan kontena, serta ketersambungan rangkaian lebuh raya.

“Ini satu keistimewaan yang mungkin tidak dimiliki negeri lain dan dengan kelebihan ini, saya lihat Selangor bukan sahaja mampu menarik, malah boleh memilih atau menentukan sektor dan juga industri tertentu yang mempunyai nilai tambah tinggi sahaja, untuk masuk melabur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) Datuk Hasan Azhari Idris berkata dari aspek pelaburan, Selangor pada tahun lalu memperoleh tempat kedua keseluruhan, dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM60.1 bilion, mengatasi Sarawak dengan RM28.2 bilion.

Beliau berkata walaupun berada di belakang Johor, yang merekod pelaburan yang diluluskan RM70.6 bilion pada tahun sama, beliau percaya pencapaian Selangor di bawah pentadbiran Amirudin perlu diberi perhatian, selepas turut berjaya menarik 1,392 projek yang menghasilkan 89,568 peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan sejak 2018.

Dalam pada itu, Hasan Azhari yakin Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 yang digagaskan Amirudin, mampu menjadi dokumen yang memandu hala tuju pembangunan dasar ekonomi dan sosioekonomi negeri ke tahap lebih tinggi, untuk tempoh beberapa tahun mendatang.

“RS-1 dirangka berpandukan strategi dan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang, bagi mencapai visi untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, makmur dan berdaya huni, menjelang tahun 2025,” katanya.

Amirudin, iaitu penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sebelum ini, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 19 Jun 2018.

Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, Amirudin akan mempertahankan kerusi yang disandangnya itu dan akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas G. Suman. – 7 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related