Tiada peruntukan perlembagaan keputusan PRN boleh ubah Kerajaan Persekutuan: Azalina

9:05 PM MYT

 

ALOR SETAR – Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini akan membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau hairan bagaimana perkara itu boleh dibangkitkan dan menggesa pihak berkenaan mengemukakan peruntukan atau undang-undang yang dirujuk oleh mereka.

“Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat.

“Saya dah buka Perlembagaan banyak kali, saya baca tiada pula (peruntukan).. .mungkin undang-undang lain yang dia baca,” katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah hari ini.

Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN di enam negeri kali ini akan membolehkan berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

 Azalina juga berkata Akta Anti Lompat Parti juga telah diwartakan menerusi pindaan Perlembagaan sekali gus menghalang Ahli Parlimen menukar parti atau membawa kerusi yang dimenangi pada pilihan raya di bawah parti lain masuk ke parti lain.

“Kalau dia keluar lompat parti… kena ada pilihan raya (kecil), pilihan raya kecil itu ditetapkan dalam Perlembagaan, pilihan raya kecil ini bukan perkara yang murah dan mudah.

“Saya nak sebut rakyat mesti penat, PRN enam negeri ini pun rakyat dah penat, inikan pula tambah pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen, kita baru habis PRU (Pilihan Raya Umum) lepas pada 2022, berapa banyak pilihan raya kita nak buat?” katanya.

Beliau berkata sekiranya pemimpin politik terus berfikiran seperti itu, ia akan menimbulkan rasa marah rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kerajaan dapat bekerja dan sekiranya kerajaan pusat sedia ada dapat dikekalkan untuk tempoh lima tahun akan datang, ia akan melancarkan urusan kerajaan yang telah dilaksana termasuk berkaitan dasar dan kewangan.

“Itu sebab bagi saya sendiri pun sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, saya lihat kestabilan negara kita ini sebagai satu kerajaan kekal dalam lima tahun ini, senang saya nak selesaikan kes, kes Sulu sebagai contoh. Saya nak pergi mahkamah senang, saya nak buat penyelesaian senang.

“Kalau tukar-tukar kerajaan, tukar-tukar perdana menteri (PM), saya takut kesannya mendalam daripada hanya menukar PM, kena tukar Kabinet, tukar dasar,” katanya. – 7 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related