PAS sekarang bukan ‘asli’: PM

PAS didakwa sudah 'bercampur' bukan sahaja dengan Bersatu malah Gerakan yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud

8:30 AM MYT

 

PASIR MAS – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PAS kini bukanlah ‘asli’ seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.

Menurut Presiden PKR itu, PAS kini sudah ‘bercampur’ bukan sahaja dengan Bersatu malah Gerakan yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud.

“Sekarang ini (Gerakan) rakan PAS… (dahulu) Gerakan bawa usul (cabar hudud) ke mahkamah, dia melawan PAS.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan PAS, kena ingat dan yang teruknya, dia ambil Gerakan, kita kawan dengan DAP, dia marah,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri Chetok dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, PN turut meletakkan 20 calon Gerakan termasuk di kawasan Melayu di Pulau Pinang.

Anwar juga berkata, PAS menuduh gabungan PH-Barisan Nasional (BN) mengkhianati Islam sedangkan kerajaan Perpaduan telah menyalurkan pelbagai peruntukan untuk pembangunan agama itu.

Justeru, beliau meminta pengundi terutama golongan muda berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan pada 12 Ogos ini.

Sesi ceramah malam ini dihadiri lebih 2,000 orang meskipun hujan lebat dan mereka tidak berganjak walaupun kawasan di mana ia berlangsung digenangi air. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

New beginnings: Sabah debuts its own MM2H programme

Move aims to attract retirees, expatriates, long-term residents amid disagreements with federal Tourism Ministry

Related