Manifesto Kedah Madani realistik, bukan janji bulan bintang: Mahdzir

Misi utamanya selesaikan segala agenda tergendala, ‘menyelamatkan’ rakyat dan negeri dari kepincangan, kegagalan pemerintahan PN

2:13 PM MYT

 

ALOR SETAR – Manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani bukan sekadar janji ‘bulan dan bintang’, sebaliknya ia adalah ikrar realististik ingin dilaksanakan kepimpinan parti itu demi keperluan rakyat serta negeri berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia juga disusun dengan misi utamanya untuk menyelesaikan segala agenda yang tergendala selama ini.

“Nilai ini akan dijadikan sebagai ciri utama yang dipastikan wujud dalam barisan kepimpinan negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) enggan berjanji ‘bulan bintang’ atau buat janji melangit, tetapi mahu meletakkan integriti, cekap, amanah dan telus dalam usaha membangunkan Kedah.

Lebih mesra dipanggil Tokdet, beliau berkata, dengan menggariskan empat teras utama, manifesto berkenaan mencakupi setiap aspek yang dilihat memainkan peranan sebagai tunjang pembangunan Kedah.

Katanya, tempoh pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 37 bulan, meletakkan Kedah dalam keadaan pincang apabila berdepan pelbagai kegagalan di peringkat dasar, kepimpinan, urus tadbir dan tatakelola lemah.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja membebankan rakyat, malah menyebabkan ada generasi tercicir dan meningkatkan kesenjangan masyarakat.

“Kedah turut dibebani krisis perubahan iklim dan terjerat dalam tatakelola kepimpinan yang angkuh serta tidak sopan.

“Kami mahu bangunkan Kedah bersandarkan teras yang dirumuskan secara holistik serta rasional, khususnya dari aspek reformasi politik dan ketelusan tadbir urus,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu menegaskan, manifesto terbabit turut memberi tumpuan kepada pengurusan hasil bumi yang mampan.

“Bagi memastikan ketelusan ini sentiasa diutamakan, Ketua Pembangkang akan dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Kedah.

“Jentera pentadbiran negeri juga akan menyusun dan memperkemaskan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar lebih kompeten dan berdaya saing,” katanya. – 8 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Lelaki mabuk cuba rampas senjata api polis, keluarkan kata-kata kesat direman empat hari

Kejadian bermula pada jam 4 pagi tadi apabila anggota bertugas didatangi seorang lelaki warga tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related