MB Selangor tuntut Sanusi tarik balik fitnah dalam 48 jam atau berdepan tindakan mahkamah

Surat tuntutan yang turut meminta MB Kedah membayar ganti rugi RM10 juta itu sudah diserahkan hari ini

11:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amirudin Shari sudah menghantar surat tuntutan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung fitnah dilemparkan pemimpin PAS terbabit kononnya Menteri Besar Selangor itu, memberikan tanah negeri secara percuma untuk syarikat swasta.

Amirudin menerusi satu kenyataan memaklumkan, surat tuntutan itu diserahkan kepada Menteri Besar Kedah terbabit melalui peguamnya pada jam 7.36 petang tadi.

“Sanusi menfitnah antara lain bahawa saya memberikan tanah percuma kepada syarikat swasta dan menerusi surat disampaikan malam tadi, saya menuntut supaya beliau dalam tempoh 48 jam menarik balik serta meminta maaf kenyataan fitnah beliau.

“Sanusi juga perlu menjamin bahawa fitnah itu tidak diulang, selain membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah serta mengeluarkan berita palsu yang menjejaskan institusi Datuk Menteri Besar Selangor dan kerajaan Selangor,” katanya.

Amirudin berkata, sekiranya Sanusi gagal berbuat demikian, beliau terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang.

“Jika beliau (Sanusi) gagal berbuat demikian, saya terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang, menerusi proses mahkamah,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Sanusi ketika menghadiri Jelajah Mega PN Best, Sayangi Kedah Sejahtera di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan taikun perniagaan, Vincent Tan, berhubung rancangan melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

‘Skandal’ itu didakwa akan menyaksikan Vincent memperoleh tanah 600 ekar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta. – 9 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related