Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691671499:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:142:"Datuk Seri Boon Som Inong berkata sekiranya Mohd Syahir Che Sulaiman enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Siam
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa Mohd Syahir telah mengguris hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa "sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha", dalam sesi debat berkenaan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 288
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 102155
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752199531";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752199531
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Mohd Syahir digesa mohon maaf, guris hati masyarakat Siam | Scoop

Mohd Syahir digesa mohon maaf, guris hati masyarakat Siam

Datuk Seri Boon Som Inong berkata sekiranya Mohd Syahir Che Sulaiman enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya

8:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa Mohd Syahir telah mengguris hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa “sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha”, dalam sesi debat berkenaan. 

“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.

“Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” kata Boon dalam kenyataan hari ini. 

Boon berkata Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia. 

Beliau berkata sekiranya Mohd Syahir enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya. 

“Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya ialah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya ialah institusi yang suci pada sisi agama Buddha. 

“Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik,” katanya. 

Semalam, Mohd Syahir bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah berdebat mengenai hala tuju ekonomi negara melalui satu program debat khas yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit dan disiarkan melalui TV1 dan Astro Awani. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Related