PRN: Polis pantau ibu pejabat SPR, elak kekacauan

Walaupun Kuala Lumpur tidak terlibat secara langsung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), ia menjadi tempat tumpuan parti politik untuk mengadakan perjumpaan

7:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memantau dan meningkatkan kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya serta ibu pejabat pelbagai parti politik di ibu negara bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata walaupun Kuala Lumpur tidak terlibat secara langsung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), ia menjadi tempat tumpuan parti politik untuk mengadakan perjumpaan.

Beliau berkata selain itu, Kuala Lumpur juga menjadi lokasi bagi penyokong parti politik dari negeri bersempadan untuk mengadakan perhimpunan atau perarakan.

“Kawalan keselamatan akan dilakukan di Ibu Pejabat SPR Putrajaya untuk mengelak sebarang kekacauan.

“Pengawasan akan dilakukan sepanjang tempoh pengundian dan pengumuman keputusan undian bagi mengelakkan sebarang perhimpunan atau perarakan dilakukan pihak tertentu,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, katanya polis juga akan melakukan sekatan jalan raya di kawasan tertentu untuk mengelakkan sebarang perancangan perarakan atau ancaman keselamatan di ibu kota dengan Team Cantas akan dipertanggungjawabkan untuk mematahkan sebarang perancangan menimbulkan kekacauan.

Pada masa yang sama, Mohd Shuhaily turut menasihatkan semua parti politik yang bertanding supaya tidak meraikan kemenangan di tempat awam sebaliknya melakukannya di premis tertutup atau premis parti.

“Mana-mana pihak yang melakukan sebarang pelanggaran undang-undang akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat supaya menghubungi Hotline Polis Kuala Lumput melalui talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis akan memperketat kawalan keselamatan di lokasi-lokasi strategik termasuk di Istana Negeri yang berkemungkinan menjadi tumpuan pihak tertentu sebaik keputuan PRN di enam negeri diumumkan pada esok.

Langkah itu adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di lokasi-lokasi strategik berkenaan terjamin selepas pasca-PRN. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related