Fitnah kempen di masjid: Fahmi hantar notis tuntutan kepada Papagomo

Peguam berkata kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan Papagomo melalui akaun Facebook dan TikTok adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik menteri

9:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menghantar notis tuntutan kepada blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung fitnah konon beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor, pada 30 Julai lalu.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi berkata notis tuntutan telah dikeluarkan hari ini terhadap Wan Muhammad Azri ,yang dikenali sebagai ‘Papagomo’, atas dua hantaran yang telah dibuat dalam akaun Facebooknya. 

“Melalui notis tuntutan tersebut, Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), menuntut antara lainnya, penarikan balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf secara terbuka,” katanya menerusi kenyataan.

Peguam itu berkata kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan individu tersebut melalui akaun Facebook dan TikTok adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Menteri. 

“Ia seterusnya untuk menggambarkan seolah-olah Menteri menderhaka kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor dengan kononnya mengadakan ceramah politik di sebuah masjid, serta innuendo bahawa Menteri telah menyalahgunakan kuasa beliau, katanya.

Sebelum ini, Fahmi menyanggah dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kononnya beliau berkempen di masjid serta menegaskan sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor sekiranya diperlukan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor. Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Katanya, ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu, di mana tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik ‘The 1975’. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related