PM, isteri selesai mengundi di DUN Permatang Pasir

Anwar yang berkemeja biru dan bersongkok ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Seri Penanti pada 9.41 pagi tadi

10:53 AM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini, pada 9.41 pagi ini.

Anwar yang berkemeja biru dan bersongkok ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut mengundi di sekolah berkenaan.

Ketibaan mereka pada pukul 9.30 pagi disambut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Assisten Tean Cheng San.

Selepas menunaikan tanggungjawab demokrasi, Anwar dilihat bersalam-salaman dan berkesempatan bergambar dengan pengundi yang hadir di pusat pengundian berkenaan.

Bagi PRN kali ini, kerusi Permatang Pasir menjadi rebutan dalam persaingan satu lawan satu antara penyandangnya Muhammad Faiz Fadzil dari Amanah dan calon Perikatan Nasional (PN) Amir Hamzah Abdul Hashim.

DUN Permatang Pasir adalah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh, selain Seberang Jaya dan Penanti. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Police have apologised to us, says UK couple who paid RM100 speeding fine

The British road-tripping couple who paid RM100 to a policeman for a purported speeding summons say police have apologised to them.

Photo of the day: Rainbow stairs of spirituality amid KKB greenery

Visitors descend the rainbow stairs of Ngok San Taoist temple in Kuala Kubu Baharu after a short stop at the colourful place of worship.

Related