Sanusi tiba jam 11 pagi untuk mengundi

Menteri Besar Kedah itu tiba diiringi isterinya, Toh Puan Jusmalailani Jusoh

12:00 PM MYT

 

SIK – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu Beris Jaya di sini.

Menteri Besar Kedah itu tiba pada jam 11 pagi dengan diiringi isterinya, Toh Puan Jusmalailani Jusoh.

Ketibaannya disambut ahli keluarga dan adik beradiknya, termasuk ibunya Meriam Ahmad, 73, yang turut mengundi di sini.

Sanusi sempat beramah mesra dengan pengundi di situ, termasuk warga emas yang berkerusi roda.

DUN Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan Sanusi sebagai penyandang dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

Seramai 35,079 pengundi layak berdaftar di bawah DUN Jeneri dengan lebih 90 peratus daripadanya Melayu. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related