Aminuddin kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah.

Pelantikan beliau yang juga Adun Sikamat, menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bakal dilantik ke jawatan berkenaan.

Beliau yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam serta bersamping, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Istana Besar Seri Menanti, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Aminuddin dilantik mengetuai kerajaan negeri selepas kerjasama Pakatan Harapan- Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dengan memenangi 31 daripada 35 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Beliau mempertahankan kemenangan di DUN Sikamat sejak empat penggal dengan 12,730 undi dan memperoleh majoriti 2,662.

Aminuddin menewaskan calon Perikatan Nasional, Ahmad Raihan Muhammad Hilal, yang memperoleh 10,068 undi, serta dua calon bebas iaitu masing-masing  Mohammed Hafiz Baharudin (339) serta Bujang Abu (83).

Dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Port Dickson, Aminuddin menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related