Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang: DVS

DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran

9:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan hari ini, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik – pembekal’ yang disiarkan semalam.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam belaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel pro@dvs.gov.my dan nombor perhubungan 03-8870 2000. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related