Dakwaan tutup sekolah agama di Selangor bertujuan timbulkan kegelisahan umat Islam

Kerajaan negeri telah menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui garis panduan pemutihan sekolah agama yang telah dikeluarkan

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menafikan dakwaan kononnya sekolah persendirian agama di Selangor diarahkan ditutup dan menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas.

Menurut Na’im, dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan berniat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dimaklumkan sejak 2021, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui kerajaan negeri telah menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalu garis panduan pemutihan sekolah agama yang telah dikeluarkan.

“Kelonggaran telah diberikan kepada pihak sekolah selama 2 tahun. Dalam tempoh ini pihak Jais telah mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang mendapatkan ulasan daripada agensi yang berkaitan,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu ini turut mendapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari meminta supaya fitnah mengenai perkara berkenaan dihentiki.

“Hentikan fitnah yang diulang-ulang. Telah dijawab semasa bulan Julai, dakwaan bahawa lebih 200 sekolah agama ditutup di Selangor adalah fitnah dan tidak berasas,’’ demikian tulis Amirudin dalam facebooknya.

Mengulas lanjut, Na’im berkata, satu garis panduan pemutihan sekolah agama institusi tahfiz negeri Selangor telah dibangunkan dan dikuatkuasakan bermula 1 januari 2021 bertujuan memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di negeri Selangor.

“Pada masa sama, penguatkuasaan Garis Panduan tersebut telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian,’’ katanya.

Justeru, beliau menggesa semua pihak merujuk isu berkenaan kepada pihak berautoriti supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related