Pesawat ringan terhempas di Elmina

Kejadian berkenaan turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan berada di lokasi tersebut

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan terhempas dekat sekitar kawasan Elmina, Shah Alam, petang ini.

Difahamkan kejadian itu turut membabitkan sebuah motosikal yang kebetulan berada di lokasi tersebut.

Kejadian ini kini tular di media sosial, dengan netizen memuat naik gambar-gambar tersebut.

Seorang pengguna Twitter, azmilwhoruns yang berada berdekatan lokasi kejadian memaklumkan semua jalan menuju ke Elima West ditutup untuk kenderaan.

“Dalam perjalanan untuk mesyuarat di Sime Darby. Semua jalan menuju ke Elmina West ditutup. Jet peribadi terhempas. Tiga penumpang. Seorang penunggang motosikal jadi mangsa,” katanya.

Berdasarkan video yang tular di Twitter, pesawat tersebut masih terbakar dan tayar terpelanting di tepi jalan.

Malah seorang penunggang motosikal dipercayai maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan, semasa kejadian, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbangan Subang.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan pihak berkuasa kini sedang menunggu forensik ke tempat kejadian – 17 Ogos, 2023

Berita selanjutnya menyusul

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related