Operasi di lokasi nahas pesawat disambung 9 pagi ini

Operasi hari ini menumpukan kepada proses 'sweeping' di lokasi kejadian

9:21 AM MYT

 

SHAH ALAM – Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam disambung pada 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi berkata operasi hari ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Beliau berkata satu sidang media bagi memperincikan operasi hari ini dijangka diadakan pada 9.30 pagi ini sama ada oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain atau Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Semalam 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian itu.

Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Lelaki mabuk cuba rampas senjata api polis, keluarkan kata-kata kesat direman empat hari

Kejadian bermula pada jam 4 pagi tadi apabila anggota bertugas didatangi seorang lelaki warga tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related