Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692455498:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 105317
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:73:"PN sehingga kini tidak membuat sebarang perbincangan mengenai perkara itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PN
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari supaya empat negeri di bawah pemerintahan gabungan itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza daripada kerajaan Persekutuan, hanya pandangan peribadi.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 322
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752194371";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752194371
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

)
4 negeri PN guna logo Hari Kebangsaan berbeza, itu pandangan peribadi Fadhli: Faizal | Scoop

4 negeri PN guna logo Hari Kebangsaan berbeza, itu pandangan peribadi Fadhli: Faizal

PN sehingga kini tidak membuat sebarang perbincangan mengenai perkara itu

8:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari supaya empat negeri di bawah pemerintahan gabungan itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza daripada kerajaan Persekutuan, hanya pandangan peribadi.

Malah kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, PN sehingga kini tidak membuat sebarang perbincangan mengenai perkara itu.

“Beliau hanya memberi pandangan peribadinya dan bukan mewakili kerajaan negeri yang dimaksudkannya atau pandangan bagi PN.

“Kita tidak ada membuat ketetapan dan beliau tidak boleh mewakili PN dalam perkara itu,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Fadhli dilaporkan memaklumkan empat negeri pembangkang itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN hari ini untuk sambutan peringkat negeri, berbeza dengan tema serta logo di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Menurut Fadhli, logo yang diperkenalkan Pemuda PN adalah berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Dalam pada itu, mengulas lanjut Faizal berharap agar sambutan Hari Kebangsaan akan menjadi platform untuk seluruh rakyat Malaysia menyemarakkan lagi semangat patriotisme supaya keharmonian dan perpaduan dapat dikekalkan.

Menurut beliau, semangat cintakan negara serta menolak segala perkara yang mampu merosakkan pembangunan harus sentiasa wujud dalam setiap sanubari rakyat Malaysia.

“Sambutan kemerdekaan mestilah disambut oleh setiap warga dan penting untuk kita mengingati pengorbanan nenek moyang yang telah memperjuangkan kemerdekaan meskipun kita sedang melihat sebilangan besar rakyat sedang melalui pelbagai kesulitan dalam kehidupan, dengan kos sara hidup semakin parah, ekonomi yang merisaukan dan banyak perkara lagi,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebelum ini mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

Selain itu, katanya, logo Malaysia Madani diangkat menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023, yang memiliki reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’. – 19 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective Ogos 30

Related