PM pertingkat usaha tangani Islamafobia, jamin agama Persekutuan terus dimartabat

Namun, beliau berjanji setiap hak warganegara bukan Islam, kekal terpelihara serta sentiasa disantuni dan mendapat keselesaan hidup

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau akan meningkatkan usaha dan mengambil langkah bersesuaian, dalam menangani isu Islamofobia.

Perdana Menteri berkata, dalam komitmen itu juga, beliau akan memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan di negara ini, selain peruntukan mencukupi disediakan bagi penganjuran program latihan dan pemahaman Islam.

Bagaimanapun, katanya, beliau berjanji bahawa setiap hak warganegara bukan Islam, kekal terpelihara serta sentiasa disantuni dan mendapat keselesaan hidup.

“Islamofobia yang berlaku di dunia adalah disebabkan pihak tertentu yang mempunyai pemikiran dangkal terhadap Islam. Sebab itu bila berlakunya kebakaran Al-Quran di Sweden, selain daripada mengecam, saya ambil keputusan mengarahkan jabatan dan penerbit Al-Quran menerbitkan sejuta (kitab) ini dalam semua bahasa, termasuk bahasa Sweden untuk disebarkan di Malaysia dan seluruh dunia.

“Sebanyak 15,000 Al-Quran sudah dihantar ke Sweden untuk disebarkan ke universiti dan pusat pengajian supaya mereka dapat menilai serta membaca. Bagi saya dan kerajaan, langkah ini lebih munasabah untuk memberikan kefahaman kepada mereka.

“Saya juga akan memastikan dan akan terus mengulangi di negara ini, Islam adalah agama Persekutuan. Saya akan terus mempertahankan akidah dan menegakkan agama ini, terus mempromosikan Islam dan menyediakan peruntukan mencukupi, sokongan untuk latihan, pemahaman serta pelaksanaan program Islam,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 Tahun 1445H/2023M di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Turut hadir, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

Related